Assalamualaikum,
Lama juga tidak menulis setelah habisnya PRK Bt Selambau dan artikel terakhir saya bertajuk GEROMBOLAN DAH TAK ADA TELOQ, mengadaptasikan dari kalam2 yang terpancul daripada Sang Ketua Gerombolan BN sendiri yang mengatakan BN mungkin tak akan bertanding jika PRK Penanti kalau berlaku.
Apabila teman2 bertanya mana artikel Jin Brabus lama dah tak ada maka disini sedikit ulasan akan saya nukilkan buat tatapan pembaca. Sepanjang waktu ini setelah selesai sahaja pengumuman oleh SPR yang mengesahkan penamaan calun akan diadakan pada 23hb mei dan hari pembuangan undi jatuh pada 31hb mei maka makin bercelarulah lagi pihak gerombolan BN.
Ada pimpinan yang menyokong dan ada pula yang sebaliknya mahu gerobolan bertanding juga walau pun mereka ini tahu yang mereka tak ada harapan untuk menang lansung tetapi demi maruah mereka terpaksa juga mereka bertempur.
Tak pernah ada lagi dalam sejarah pilihanraya di Malaysia selama 12 kali pilihanraya umum dan berpuloh kali pilihanraya kecil terpancul ayat tidak akan bertanding dalam kamus gerombolan BN. Selalunya merekalah yang mendahului mana2 parti pembangkang dalam mengumumkan hal pertandingan di setiap kali adanya pilihanraya.
Dengan rasa takbur dan juahnya bahawa merekalah yang akan menang walaupun pertarungan belum lagi bermula. Tapi perkara ini sudak terbalik kot, mereka masih terkial-kial dan teraba-raba tetapi Pakatan rakyat sudah mendahului gerombolan dalam semua aspek.
Umum telah mengetahui siapa calun yang akan mewakili Pakatan Rakyat iaitu Dr. Mansur Osman seperti yang diumumkan oleh Ketua Umum PKR DSAI di Yayasan Aman, Penanti baru2 ini. Seorang tokoh yang berwibawa dan berkarisma dan bersemangat kental dalam perjuangannya. Kalau ada orang lain sehebat beliau mungkin telah lama meninggalkan PKR demi untuk menuntut kehidupan duniawi serta kemewahan hidup. Beliau sanggup jatuh bangun bersama perjuangan rakyat menegakkan Malaysia Baru bersama-sama Pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
Kasihan Rakyat Penanti apabila PRK kali ini tidak ada janji pembangunan dan imbuhan wang ringgit seperti yang diumumkan oleh ketua gerombolan bahagian Dato' Jalil seperti yang keluar pada media cetak baru2 ini. Beliau menyatakan gerombolan tak mau kena tipu lagi........tak tau lah mereka yang menipu atau pengundi2 yang menipu mereka.
Bagi saya gerombolan lah yang menipu rakyat Malaysia bila adanya PRK walau dimana pun.....masa itu lah sibuk pemimpin2 gerombolan keluar masuk kampung berlakun kononnya mereka lah yang perihatin permasaalahan rakyat, jentera pembuat jalan keluar masuk membaiki jalan walau pun jalan tidak berlubang padahal jalan2 yang betul2 berlubang tidak ditampung sehingga adanya PRK atau naiknya kadar kematian akibat kemalangan berlaku.
Ini adalah contoh2 kecil pembohongan yang dibuat oleh gerobalan tak termasuk lagi peruntukan wang ringgit yang dijanjikan pada Masjid2 serta rumah ibadat yang lain. Begitu juga dengan upacara pecah tanah untuk membina sesuatu projek yang mana dibiarkan semak dan kembali menjadi belukar apabila gerobolan BN kalah pada Pilihanraya tersebut. Samy Vello pun lari malam balik KL bila MIC kalah di PRK Lunas dulu padahal beliau berjanji tak akan balik jika BN kalah di Lunas sehingga ada pengundi di estet tersebut memacak papantanda 'INI RUMAH SAMY VELLO' disebuah rumah usang dikawasan estet tersebut.
Jadi fikirkan lah siapa yang menipu siapa?.....Rakyat Malaysia sudah celik dialaf milenium ini. Rakyat sudah muak dan tidak mudah di perkotak katikkan oleh gerombolan BN kecuali yang piang Ameno dan yang ada kepentingan periuk nasi dan poket sendiri. Apa pun kita tunggu pengumuman dihari Isnin ini dipihak gerombolan untuk mengumumkan calon2 mereka. Juga samada mereka bertanding atau tidak.
Mungkin kita dapat bayangkan mereka akan menolak sana sini untuk menentukan siapa yang bakal bertanding atau mungkin yang bertanding adalah bakal dikambing hitamkan atau pun orang yang mau dikubutkan karier politik mereka didalam Ameno. Cari nahas kata orang utara kalau bertanding. Dah tentu kalah........kalau masa lalu berebut-rebut nak jadi calun. Nak buat macam mana situasi dah berubah.......
Berbalik pada Prk Penanti yang akan diadakan nanti rupanya ada juga suara2 sumbang pimpinan kecil Pakatan Rakyat yang teringin juga mahu bertanding. Kononnya membawa suara akar umbi.....tak payah lah bertanding... Gendang perang sudah berbunyi. Pimpinan besar kita telah pun membuat ketetapan dan keputusan. Kena Wala' la pada Pimpinan.
PKR pun bukan saja2 nak adakan pilihanraya lagi apalagi untuk mempermainkan mandat rakyat. Pakatan Rakyat maukan hanya pimpinan terbaik yang akan terus menerajui rakyat. Sudahlah Hafiz Nordin. Berhentilah dari membuat kenyataan yang membelakangi Pimpinan Kita. Sama2lah kita bekerja dari sekarang untuk kemenangan besar kita.. Kalau kamu tidak berpuashati jangan dijual nama Parti dan bertandinglah kamu sendiri atas tiket bebas.Pilihlah kamu lambang apa yang kamu mau.Janganlah kamu perasan sendiri. Kita akan lemah jika ada pemimpin yang berperangai macam kamu. Pengundi dok perhatikan tingkah laku kita. Jangan nanti sebab nila setitik habis punah susu sebelanga. Berhentilah dari membuat sebarang kenyataan songsang mulai saat ini dan perkuatkan saf2 Pakatan Rakyat untuk bertempur di PRK Penanti nanti.
Kita bukan nak memerintah Penanti sahaja tetapi Pakatan Rakyat sudah hampir Ke Putra Jaya. Jangan seperti kaduk naik junjung serta katak di bawah tempurung. Diharap Pimpinan Pakatan terus turun untuk menerangkan arah tuju Pakatan Rakyat kepada pimpinan bawahan dan pengundi yang bakal mengundi pada 31hb mei ini.
Hanya yang terbaik sahaja yang akan memimpin rakyat. Jangan kita bagi lagi bola2 tanggung pada pihak gerombolan BN. Isu ini yang dijaja dan acap keluar pada media gila mereka untuk meracuni bakal2 pengundi. Tiada isu bagi mereka untuk menangkis hujah2 Pemimpin Pakatan Rakyat sekarang dalam apa bentuk sekali pun.
Jadi isu kecil ini akan dimanipulasikan oeh mereka semaunya. Jadi jangan kita membuang masa Pimpinan Kita untuk menjawab isu2 sekerdil ini. Banyak lagi isu yang perlu diberi penerangan kepada pengundi agar kemenangan kali ini lebih besar dalam suasana politik yang ada pada masa ini.
Jadi buangkan sikap dan sifat negetif yang ada dalam diri dan sama2 mengorak langkah dengan mula membuat gerak kerja yang akan memenangkan calun Pakatan Rakyat yang telah dipilih. Bagi kita perjuangan dan kemenangan yang akan diperolehi bukan lah akan ada imbuhan yang akan diperolehi. Tapi kemenangan ini adalah untuk generasi yang akan datang. Ingat lah Malaysia bukan lah kita warisi dari nenek moyang kita tetapi kita hanya meminjam dari anak dan cucu kita.
LAWAN TETAP LAWAN........
Jin Brabus.