14 May 2009

Kerajaan Kedah rampas peralatan bina jalan

13/05/2009

ALOR SETAR 13 Mei — Pembinaan jalan luar bandar di Langkawi oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan tergendala selepas peralatan milik kontraktor dirampas semalam kerana kerajaan negeri mendakwa projek itu tidak mengikut prosedur atau mendapat kelulusan.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Jabatan Hutan diarah membuat rampasan itu kerana jalan berkenaan melalui satu kawasan hutan simpan menyebabkan berlaku pencerobohan.

Kesemua peralatan yang dirampas itu disimpan di balai polis Langkawi, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

“Kerajaan Kedah sedia bekerjasama dengan JPP atau mana-mana pihak yang hendak membuat pembangunan tetapi ia hendaklah dibuat mengikut prosedur,” kata Azizan. — Bernama