3 May 2009

PAS P.Pinang nak letak calon di Penanti

3hb Mei 2009




Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang telah mengeluarkan surat yang menyatakan hasrat untuk meletakkan calon PAS bertanding di Pilihanraya Kecil DUN Penanti. Surat ini bertarikh 3hb Mei 209 dan kenyataan akhbar berkaitan perkara ini juga telah di adakan.

Pandangan Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang ini adalah bertentangan dengan persetujuan peringkat PAS Pusat yang telah merestui calon dari PKR untuk bertanding atas tiket Pakatan Rakyat di Penanti.

Nampaknya agenda SYIAH dalam PAS Pulau Pinang semakin menampakkan taringnya.

Minggu lepas, Ketua Dewan Ulamak PAS pusat, Ustaz Daud Iraqi, ada mengeluarkan kenyataan atau pandangan, jatawan nombor 1 dan nombor 2 dalam PAS pusat hendaklah dari golongan ulamak. Pandangan beliau telah disanggah oleh beberapa tokoh PAS kerana tidak terdapat dalam perlembagaan PAS menyatakan perkara tersebut.

Pandangan Ustaz Daud Iraqi mungkin juga bedasarkan kebimbangan beliau jawatan no.1 dan no.2 dalam PAS mungkin akan dikuasai oleh fraksi syiah yang menular dalam PAS sekarang jadi cara untuk mengatasinya adalah dengan meletakan pemimpin bertaraf ulama (yang akan dapat menangkis kemaraan golongan syiah ).

Pengaruh Syiah dalam PAS sudah mula bertapak dalam PAS di negeri-negeri sebelah utara, Pulau Pinang, Kedah dan Perak, terutamanya dalam Pergerakkan Pemuda. Fenomena ini adalah merupakan duri dalam daging yang suatu hari nanti akan meletuskan masaalah besar yang akan menyebabkan pepecahan dalam PAS.