28 May 2009

Nik Aziz gesa keluar mengundi beramai-ramai, UMNO kata jangan

UMNO akan buat rombongan pada 31 Mei, hari mengundi untuk elakkan ahli keluar mengundi.
Keluar beramai-ramai dan undi calon Pakatan Rakyat - Nik Aziz


PENANTI, 28 Mei (Hrkh) - Musyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul
Aziz Nik Mat mengajak semua rakyat di Penanti sekali lagi
memberikan sokongan penuh pada calon Pakatan Rakyat Dewan
Undangan Negeri (Dun) N12, Dr Mansor Othman kerana kemenangan
begitu penting demi kemajuan negeri.


Tanpa kemenangan sukar calon yang diamanah meneruskan agena yang
menjadi prinsipnya sewaktu berkempen dan membantu Ketua Menteri
dalam urusan pentadbiran serta memperkenakan beberapa strategi
membantu meningkatkan hasil negeri.


"Marilah kita bersama-sama keluar tidak kira PAS, KeADILan, DAP,
Umno dan lain-lain parti atau orang yang tidak berparti beri
sokongan pada Dr Mansor. Biar Pakatan Rakyat menang untuk
membolehkan pentadbiran berjalan dengan sempurna," katanya semasa
berceramah di Kampung Guar Jering, Bukit Mertajam semalam.

 blog it