
Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat membela Setiausaha DAP Perak saudara Nga Kor Ming yang membaca ayat-ayat Al-Quran dalam ceramahnya di Bukit Gantang. Menurutnya, ini merupakan titik permulaan untuk orang-orang bukan Islam menilai dan memahami ajaran Islam. Apa salahnya orang-orang bukan Islam mendalami ajaran Islam? Tok Guru bukan sahaja membela tindakan saudara Nga malah memuji beliau kerana berani dalam percubaannya membaca ayat-ayat Al-Qur'an. Tok Guru juga berbangga dengan usaha saudara Nga yang mulia ini. Tok Guru berasa sungguh kecewa terhadap kritikan yang dibuat oleh segelintir ahli-ahli UMNO terhadap saudara Nga. Satu ingatan kepada golongan yang cuba mempertikaikan isu ini:
"Wahai orang-orang beriman, taatilah Allah dan Taatilah Rasul, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah(Al-Quran) dan Rasul(Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama(bagimu) dan Lebih baik akibatnya". - Surah an-Nisaa': ayat 59)
