12 Jun 2009

Alahai.......sudahlah tu...‏



Assalammualaikum
 
Gerombolan UBN bertempik gembira dan menari senggol senggolan sambil bertepuk tangan sekejab mambo sekejab salsa dan kekadang disko manakala wanitanya begoyang gerudi.....kerana apa?...Ini lah padahnya bila pimpinan pakatan rakyat menjolok sarang tebuan di tanah sendiri. Di muktamar Pas baru2 ini tetiba Pimpinan no 1nya angin tak ada ribut takada berucap mengenai negara perpaduan dan di sokong yang no 2. Maka bertempiklah pimpinan lainnya yang tidak menyetujui idea tersebut. Akar umbi terkeliru dan gulungan marhaen terkedu mendengar ucapan dan hujah2 pimpinan tertinggi seolah olah satu bencana yang dibuat buat. Lagi ditekan lagi kuat omongannya mempertahankan idea tersebut. Sudahlah.....tutuplah dan buangkan jauh2 idea haprak tersebut. Bagi yang merasa pahit dan siksanya bila berkrompomi dengan gerombolan Ameno seperti yang dirasai oleh Tok Guru Nik Aziz di Kelantan satu masa dulu juga berlakunya penggabungan Pas dan Ameno di malaysia selepas berlakunya peristiwa berdarah 13 mei dulu akibatnya Pas yang cukup kuat waktu itu berpecah belah dan berderai bak kaca jatuh ke batu. Bukan mudah nak menyebuhkan bila luka hiris mendalam. Mengambil masa. Mungkin cikgu Pa tidak terasa kerana beliau merasa menjadi timbalan menteri walau seketika. Tidak mudah TGNA nak melupakan peristiwa tersebut. Kerana itulah beliau adalah orang yang kuat menentang untuk hal2 perundingan dengan pihak gerombolan tambahan pula untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. Suara akar umbi juga begitu kuat menolak hal tersebut. Ini dibuktikan apabila penyokong bawahan parti membincangkan perkara tersebut. Ada yang menggeleng kepala,ada yang termenung panjang dan menarik nafas semput dan ada yang terus tak lalu makan walau pun makanan dihidang selepas dipesan. Begitulah kuatnya penolakan idea kerajaan perpaduan yang dicanangkan oleh beberapa kerat pimpinan atasan. Saya ingin mengingatkan pimpinan dalam keadaan gerombolan yang sedang kelemasan mereka akan berpaut pada apa saja walau pun pada seketul taik yang timbul. Jadi dengarlah rungutan dan bantahan dari akar umbi dan petugas parti. Walau pun pimpinan tersebut ada yang berdolak dalik dan mengatakan tiada rundingan dan penubuhan kerajaan perpaduan akan dibuat tetapi penjelasan yang dibuat tidak pernah menyakinkan ahli parti, penyokong dan pendokong. Tidak salah pimpinan tersebut menarik balik idea tersebut dan meminta maaf kepada semua ahli parti, penyokong dan pendokong kerana ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Pemohonan maaf dan penafian secara menyeluruh juga perlu dibuat terutamanya kepada TGNA secara terbuka kerana beliau lah yang paling terasa penyeksaan bilamana perkara itu berlaku dulu. Kami akan terus menanti perkara tersebut dibuat....
 
                Di Pulau Pinang negeri pakatan rakyat kecoh pula dengan hal memboikot upacara mengangkat sumpah oleh YDP MPSP yang baru. Apa salahnya memboikot kerana kita tidak bersetuju. Apakah ada perundingan dibuat terlebih dahulu. Teruk Saudara Johari Kasim di hentam dan di balun terutamanya bloggers Penang. Bukannya nak mempertahankan sdr Johari ini tapi kita kena kaji dan berlaku adil kepada beliau. Jangan asyik nak menghentam sahaja tanpa usul dan periksa mengapa beliau dan ahli majlis yang lain menolak YDP baru yang dilantik. Mengenali beliau adalah orang kuat Pak Lah yang dibawa balik dari Putra Jaya. Lebih Umeno dari gerombolan sendiri. Apakah ada jaminan tiada perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang kita dokongi. Kita sibuk menghentam sesama sendiri puak2 atasan gerombolan akan terus mengkaji dan mendapat maklumat dalaman tentang cara menjatuhkan kerajaan pakatan. Setau saya yang mengenali Johari Kasim beliau bukanlah orang yang gila pada jawatan. Komitmennya pada parti cukup kuat, Menjadi ahli majlis bekerja tanpa penat walaupun ganjarannya tidak seberapa. Dalam saya berbual dengan kakitangan MPSP mereka ada memaklumkan betapa bencinya beberapa ketua jabatan MPSP kepada beliau kerana ketegasannya terutama semasa mesyuarat ahli2 majlis dengan MPSP. Andaikata kita terlalu mendesak beliau meletak jawatan mungkin kita akan kehilangan seorang lagi pimpinan lama yang ketaatannya pada parti tidak berbelah bagi. Yang bertepuk sorak genbira adalah perasuah2 yang akan bermaharaja lela membaham harta rakyat dan jarum2 jahat dengan perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat akan terus dibuat melalui cara yang cukup halus tanpa kita sedari seperti dizaman peperangan rom dan sparta...dimana kuda trojan dihantar sparta untuk memusnahkan kerajaan rom ke dalam kota. Perkara ini bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi juga di Kedah dan Selangor. Perkara ini telah pun dibuktikan berlaku di Perak. Tak kan Pimpinan, penyokong dan pendokong tidak mengambil iktibar dari perkara tersebut. Sepatutnya Pimpinan Pakatan Rakyat perlulah menolak kuda2 trajan ini dari awal untuk mengelakkan terjadinya pengkianatan pada negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.Bila  nanti jatuhnya negeri Pakatan pada gerombolan akan terserlahlah siapa sebenarnya gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut dan yang pastinya bukanlah orang2 seperti Johari Kasim ini. Di waktu itu tak usahlah kita menyesali apa yang telah berlaku. Maka dikala itu  kita rakyat terutamanya rakyat marhaen melihat bagaimana geromboan akan memunggah hasil kekayaan negeri yang mereka perintah semula. 50 tahun lagi belum tentu kita dapat menawan semula. Maka Pakatan Rakyat akan terus menjadi pembangkang dan dikala itu tiada lagi rakyat akan mempercayai pada Pimpinan sendiri............
 
               Ingatlah pimpinan,penyokong dan pendokong masa ini adalah cukup getir dan mencabar bagi kita semua. DSAI akan ke mahkamah dalam kes liwat beliau. Apakah ada jaminan untuk beliau didapati tidak bersalah. Jikalau didapati bersalah maka duduklah semula didalam sangkar besi. Ini yang sangat diidamkan oleh gerombolan. PRK manek Urai juga akan muncul. Jika kita tidak fokuskan dengan perkara tersebut takut nanti Manek Urai terlepas pada gerobolan semula. Walaupun tiada kesan kerusi ini pada pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat kelantan tetapi kesannya secara psikologi amat mendalam. Media gila tiga suku gerombolan akan memainkan isu tersebut secara menggila dan perkara ini mungkin akan mempengaruhi rakyat semula. Kita dok sibuk hal kita sesama sendiri mereka merancangkan sesuatu. Tidak mustahil perkara ajaib akan berlaku kepada gerombolan. SPRM dan PDRM memang kita ketahui adalah anggota parti komponan gerombolan. Macam2 perkara pelik telah dan sedang dibuat untuk memenangkan gerombolan. Jadi marilah sama2 kita ketepikan hal2 yang haprak dan fokus kita adalah untuk memenangkan Pakatan Rakyat dan mengekalkan megeri2 yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sehingga pilihanraya akan datang. Semoga Pimpinan mendengar keluhan dan resah gelisah rakyat diakar umbi......Terus dan mantapkan lagi Pakatan Rakyat.....Jangan ada lagi seperti wakil rakyat Kulim tetapi pusat khidmat Parlimennya di Kuala Lumpur. Jenguk sekali sekala tapi mengarah melalui blackberry.......
 
Suara Rakyat Suara Keramat....
 
 
Jin Brabus