Chin Peng adalah pejuang ulung yang menentang penjajah British. Umno, sebagai proksi British terus dengan propaganda seolah-olah Chin Peng adalah pengkhianat. Chin Peng seharusnya di benar pulang ke Malaysia dan dikurniakan pingat kerana jasa perjuangan beliau membebaskan tanah air dari British.
China bukan ancaman tetapi rakan
BEIJING 3 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak yang berazam untuk membawa hubungan Malaysia dan China ke peringkat lebih tinggi berkata, negara ini bukan ancaman kepada rantau Asia tetapi merupakan rakan penting untuk menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang.
Perdana Menteri berkata, jika dilihat kepada sejarah negara ini, ia tidak pernah menggunakan kekuatan tentera untuk mengancam atau menakluki negara lain sebaliknya lebih menumpukan kepada usaha menjalin persahabatan dan perdagangan.
Katanya, bagi pengalaman Malaysia pula jalinan persahabatan dengan China bermula sejak era Dinasti Ming dan terus diperkukuhkan melalui lawatan bersejarah Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1974.
“Sebab itu Malaysia tidak pernah melihat China sebagai ancaman kepada Malaysia ataupun rantau Asia. Pada zaman sekarang kita kena lihat segala kemungkinan di hadapan.
|