4 Jun 2009

Bila ada mala petaka, akan ada peraturan baru.

Prosedur baru akan dilaksanakan dalam perlantikkan kontraktor dan juru perunding untuk projek awam. Selalunya prosedur begini hanya akan di kenakan keatas kontraktor tulin, sementara kontraktor yang ada kaitan dengan UMNO tidak terlibat.
clipped from utusan.com.my

Prosedur pelantikan kontraktor diperketatkan

KUALA LUMPUR 3 Jun - Kabinet hari ini mengarahkan Kementerian Kerja Raya mengetatkan prosedur pelantikan kontraktor dan perunding pembinaan bagi projek-projek pembinaan awam.

Dalam reaksi segera ekoran kejadian runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, arahan berkenaan perlu dilaksanakan segera bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

Menurutnya, beberapa amalan dan etika pemberian kontrak sebelum ini juga perlu dikaji semula agar soal kualiti, profesionalisme dan kemampuan para kontraktor diberikan penekanan yang lebih tinggi.

Beliau juga membayangkan kemungkinan pelantikan perunding pembinaan juga dibuat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan bukannya kontraktor.

 blog it