14 Feb 2008

Calon Pilihanraya Kulim / Bandar Baharu

.......................................
KULIM

Zulkifli Nordin, seorang peguam terkenal mungkin akan diletakkan sebagai calon parlimen Kulim / Bandar Baharu di Kedah, sebagai calon Parti Keadilan Rakyat. Sdr. Zulkifli Nordin adalah seorang ahli PAS bagaimana pun akan bertanding atas tiket PKR.

Calon ADUN Kulim pula mungkin dari PKR berbangsa China, sementara calon PAS akan diletakkan bertanding di ADUN Serdang.

Penyandang wakil Parlimen kawasan ini adalah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir. Beliau telah mewakili Parlimen KBB selama enam penggal. Sama ada beliau akan terus di calonkan oleh BN atau tidak masih belum dapat di pastikan. Ada khabar angin mengatakan adik beliau mungkin akan di calonkan menggantikan beliau, iaitu Sdr Aziz Sheikh Fadzir, iaitu ADUN Kuala Ketil ketika ini.

Sebelum ini Aziz pernah menjawat Timbalan Ketua Pemuda UMNO pusat, telah memberi laluan mudah kepada Khairi Jamaluddin untuk mengambil alih jawatan tersebut. Mungkin jasa beliau kepada KJ tersebut akan diganjarkan untuk menjadi calon Parlimen di sini.

Nasib ADUN Serdang, iaitu Datuk Azimi Daim, Ketua Penerangan Pemuda UMNO pusat, masih belum di ketahui kedudukkannya memandangkan beliau bukannya "orang Khairi Jamuludin". Dalam UMNO KBB, Azimi juga di beritakan tidak sehaluan dengan Tan Sri Kadir.

Kawasan Parlimen Kulim / Bandar Baharu adalah merupakan kawasan selamat bagi Barisan Nasional. Walaubagaimana pun Daerah Bandar Baharu adalah merupakan antara daerah yang termundur dalam Negeri Kedah.