20 Feb 2008

UMNO lawan BLOGGER

Seorang mantan menteri membuat kenyataan bahawa blogger di Malaysia perlu menjalani kursus budi bahasa.

CEO Google pernah menyifatkan ahli-ahli politik masih belum menghargai impak dunia cyber yang boleh memberi kesan kepada keputusan pilihanraya. Ramai ahli politik tidak memahami fenomena internet dengan baik disebabkan oleh faktor usia mereka yang lanjut dan malas membaca. Mereka perlu memahami masyarakat celik internet seluruh dunia, termasuk di Malaysia sdang mencorakkan masa depan menerusi ICT.

Abdullah dan menterinya gagal memahami blog adalah wadah komunikasi yang paling berkesan zaman ini. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa blogger di Malaysia sebahagiannya mempunyai kepakaran dalam bidang profesional.

Cyber trooper atau blogger upahan UMNO yang mendapat upah lumayan merupakan golongan maya yang merapu tak tentu hala. Ini kerana Ketua Penerangan UMNO sendiri pun tak faham apa itu blog dan kepentingannya.

UMNO di era Abdullah sebenarnya gagal memahami fenomena blog yang merupakan ledakkan baru dalam dunia ICT. Menteri Penerangan UMNO pun selalu menjadi bahan ketawa apabila komen beliau di keluarkan berkenaan blogger.