15 Feb 2008

Manifesto PAS Malaysia


8 Hadiah Pak Lah Dari 2004

Pertama: Kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat

Kedua: Keselamatan rakyat yang mengancam kehidupan

Ketiga: Tanggungjawab terhadap rakyat yang semakin terabai

Keempat: Jurang antara kaya dan miskin yang semakin melebar

Kelima: Khidmat kesihatan dan pendidikan diperniagakan untuk keuntungan

Keenam: Penyelewengan kuasa dan rasuah menjadi parah dan membarah

Ketujuh: Khazanah dan kekayaan negara terus dibolot oleh kroni

Kelapan: Prinsip demokrasi dicabuli dan hak asasi rakyat dinafikan





Tawaran Manifesto PAS dlm PRU-12

1. Membela Kebajikan rakyat serta kepentingan negara melalui pengurusan ekonomi yang bijak dan pembangunan seimbang, mesra-manusia dan mesra- alam.

2. Melindungi Keselamatan seluruh lapisan rakyat khususnya kaum wanita dan kanak-kanak, dari ancaman jenayah.

3. Mengembalikan amalan Demokrasi Tulen dan pilihanraya bebas, adil & bersih.

4. Memulihkan maruah dan integriti negara dengan membenteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

5. Mempertahankan keluhuran dan kedaulatan undang- undang dengan mengembalikan integriti institusi kehakiman.

6. Menamatkan keangkuhan dan penguasaan kuasa mutlak Umno/BN.


PENGGUNA

1. Menurunkan harga bahan bakar (Petrol dan Disel) dengan pendekatan ‘subsidi’ bagi menangani ‘inflasi’ harga barang keperluan dan seluruh kos perkhidmatan.

2. Menghapuskan Tol dan kerajaan mengambil- alih lebuhraya-lebuhraya dengan pampasan yang menasabah bagi menjamin kebajikan rakyat dan kepentingan negara.

3. Meneliti kembali pemberian Permit Impot (AP) bagi barangan makanan (foodstuffs) utama seperti gandum, gula dan beras supaya tidak berlaku Monopoli dan Pakatan (Cartels) yang mencekik pengguna dengan pelbagai kaedah manipulasi seperti penyorokan, pengedaran, pengangkutan kepada peruncit


WANITA

1. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari tanpa had bilangan anak.

2. Elaun Khas buat ibu tunggal dan memperkenalkan Takaful Armalah

3. Untuk kesihatan dan kegiatan sukan, PAS akan mewujudkan Pusat Sukan dan Rekreasi Khusus untuk kaum wanita.

4. Memperkenalkan konsep bekerja dari rumah untuk para wanita dengan memberikan pelepasan cukai kepada syarikat untuk perbelanjaan membeli peralatan pejabat dan komunikasi.

5. Waktu kerja Anjal akan terus diperkasakan bagi memenafaat serta tidak mengorbankan kepentingan institusi keluarga.

6. Mengenalkan Undang-undang bagi mengelakkan wanita dieksploitasi untuk kepentingan komersial.


PENDIDIKAN

1. Menghapus kira semua pinjaman tertunggak PTPTN

2. Mengembalikan pendidikan percuma di peringkat IPTA.

3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa sebagaimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

4. Melindungi ‘Pendemokrasian Pendidikan’ dengan kewujudan pilihan sekolah-sekolah termasuk pendidikan Islam Sek Agama Rakyat (SAR), serta bahasa ibunda (Cina dan Tamil).

5. Mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ibunda masing- masing. Memberi sejumlah peruntukan kepada SAR dan sekolah swasta jenis Cina berdasarkan jumlah pelajar.

6. Memansuhkan beberapa peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mengongkong hak dan kebebasan mahasiswa dan tenaga akademik.


KESIHATAN, GAJI, CUKAI

1. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN) setiap rakyat yang tidak mempunyai Skim Perlindungan Kesihatan daripada majikan masing-masing agar dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di semua hospital kerajaan atau pun swasta.

2. Melaksanakan Akta Gaji Minima berdasarkan permuafakatan di antara majikan dan kesatuan sekerja, sesuai jenis pekerjaan dan dengan keperluan tuntutan kualiti hidup yang munasabah serta bersejajaran dengan amalan negara Asean.

3. Potongan/Pelepasan cukai untuk individu adalah sebanyak RM12,000 setahun

4. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara kaya- miskin dalam kaum dan antara kaum dengan menekankan aspek pendidikan dan peningkatan sumber pendapatan.


PERTANIAN,PERIKANAN

1. Meningkatkan kualiti hidup nelayan pantai dengan menyediakan perumahan tersusun serta peluang baru pekerjaan di dalam kegiatan perikanan tajaan Kerajaan atau Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) agar pendapatan bulanan melebihi RM1200 sebulan.

2. Mewujudkan dasar pertanian sebagai industri yang menjamin Dasar Makanan yang memelihara ‘Kemerdekaan dan Keselamatan Negara’ supaya tidak terdedah dan terjejas kepada manipulasi kuasa dunia dan ‘kartel’ atau pakatan konglomerat besar tempatan dan antarabangsa.

3. Menolak sebarang bentuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang mengancam pelbagai industri khususnya pertanian dan pelbagai aspek urus-tadbir pemerintahan dalam negara.


KERAJAAN ADIL,BERSIH & BERAMANAH

1. Menegaskan penghayatan Islam sebagai Ad-Deen bagi ummat Islam di negara ini.

2. Memperkasakan amalan ‘Pemisahan Kuasa’ Legislatif, Kehakiman dan Eksekutif, supaya Demokrasi Berfungsi dan Berkesan serta tidak dicerobohi dan dipintas oleh pihak Eksekutif.

3. Menyegerakan kelulusan ’Rang Undang-Undang Hak Mendapatkan Maklumat’ bagi memperkasakan rakyat bermaklumat dan berpengetahuan.

4. Melindungi kedudukan Pelapor atau ”Whistleblowers” dengan jaminan kerahsian demi mempertahankan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat

5. Memperkukuh agensi-agensi (Watchdog) ’Pemantau’ seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR), Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

6. Menjamin perlaksanaan peruntukan-peruntukan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta mengatasi konflik perundangan.

7. Meminda dan/atau menghapuskan Akta-Akta Zalim yang menyekat Hak dan Kebebasan Rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Polis, Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.

8. Menjamin sistem Pilihanraya yang Bebas, Adil dan Bersih dengan reformasi sistem dan proses Pilihanraya secara menyeluruh seperti yang dituntut oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH)


URUSTADBIR NEGARA, PETRONAS

1. Meningkat amalan urus-tadbir kerajaan berpandukan amalan terbaik (Best Practice) di jabatan-jabatan awam, agensi-agensi serta syarikat yang berkaitan kerajaan serta mengamalkan tender terbuka khususnya dalam projek mega dengan penubuhan Badan Tender Bebas di bawah kuasa Parlimen.

2. Meletakkan PETRONAS di bawah seliaan Parlimen (dan bukan lagi di bawah Perdana Menteri) seperti trend terkini dibeberapa buah negara atas perkiraan ketelusan dan pertanggungjawaban.

3. Menumpukan kekayaan hasil minyak untuk pembangunan potensi insan serta penyelidikan dan pembangunan R&D termasuk sumber tenaga alternatif.

4. Menekankan pembangunan seimbang mengikut prioriti serta yang menjana pekerjaan dan faedah kesan berganda bagi memangkin pertumbuhan yang berterusan. (sustainable).


POLIS & KEHAKIMAN

1. Menubuhkan segera dan memperkasakan Suruhanjaya Bebas Salah-Laku Polis dan Komplain –IPCMC serta menolak Rang Undang- undang Suruhanjaya Aduan Khas (SCC) yang membelakangi 125 cadangan-cadangan Suruhanjaya Pembaikan Polis.

2. Menjadikan PDRM sebuah Pasukan Keselamatan yang profesional, mesra-rakyat, bebas dari pengaruh politik serta meningkatkan kemampuan membenteras jenayah dan mengembalikan keselamatan kepada rakyat.

3. Menekankan pembangunan seimbang mengikut prioriti serta yang menjana pekerjaan dan faedah kesan berganda bagi memangkin pertumbuhan yang berterusan. (sustainable).

4. Menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman di bawah Parlimen yang bertanggungjawab melantik Hakim-Hakim berdasarkan merit dan integriti serta menambahbaik pengurusan bagi meningkatkan kewibawaan institusi Kehakiman dengan menguatkuasakan etika kehakiman yang saksama.


MASJID, HAK BERAGAMA, KAUM, MEDIA

1. Memastikan Masjid dimakmurkankan oleh masyarakat tempatan dan tempat-tempat ibadat tidak boleh dimusnahkan tanpa perundingan dan kelulusan masyarakat setempat.

2. Memperkasa perlaksanaan etika media massa di kalangan khalayak media, stake holder-pemilik media dan rakyat.

3. Mengarus-perdanakan konsep ketelusan media amalan dan operasi media massa untuk meningkatkan kebijaksanaan rakyat bagi mengamalkan serta membudayakan politik- berteraskan-pengetahuan

4. Menjamin penubuhan sebuah Majlis Perundingan penganut agama-agama (selain Islam) oleh Kerajaan bagi mempastikan hak- hak setiap kelompok penganut agama untuk melaksanakan tuntutan upacara ibadat dan budaya masing- masing.

5. Merangka dasar perpaduan yang diperkukuhkan dengan sikap saling hormat- menghormati atas dasar saling mengetahui tuntutan agama terhadap penganut agama masing-masing.

6. Mencadangkan penubuhan satu Majlis Dailog ke arah memperkukuhkan permuafakatan dan perpaduan nasional merentasi semua kaum


KAKITANGAN KERAJAAN

1. Menghapuskan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan menggantikannya dengan suatu sistem baru yang dipersetujui bersama dengan Kesatuan Sekerja

2. Memastikan kakitangan kerajaan boleh mengikuti perkembangan politik termasuk menjadi ahli mana-mana parti politik pilihannya tanpa kongkongan selagi mana kualiti kerja tidak terjejas.

3. Menghapuskan Akujanji di kalangan kakitangan kerajaan.


TAWARAN KAMI:
KERAJAAN BERAMANAH, ADIL, BERSIH DAN NEGARA BERKEBAJIKAN