19 Feb 2008

Senari Calon BN belum muktamat - ABDULLAH

‘‘Belum lagi. Jadi sebarang kenyataan yang dibuat oleh sesiapa pun mengenai pencalonan tidak boleh diterima sebagai muktamad,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kampus induk Kolej SEGi di Kota Damansara.

Merujuk kepada kenyaaan Abdullah di atas, senarai calon BN masih belum muktamad.

Spekulasi calon BN di Kulim Bandar Baharu juga masih samar. Khabarnya, mantan ahli parlimen Tan Sri Kadir melobi adiknya mantan ADUN Kuala Ketil untuk menggantikan tempat beliau bertanding kerusi parlimen KBB. Kadir mungkin akan menggunakan alasan adiknya, Aziz, pernah berjasa kepada Khairi Jamaluddin dengan memberi laluan mudah kepada KJ menjawat jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Walaubagaimana pun, kerusi parlimen KBB ini juga menjadi idaman Datuk Azimi Daim, mantan ADUN Serdang. Azimi berkeyakinan beliau akan di calonkan sebagai calon BN untuk perlimen Kulim Bandar Baharu.

Azimi, Ketua Penerangan Umno Malaysia, dianggap sebagai orang Hishammdin, bukannya dari tim Khairi Jamaludin. Azimi juga tidak sehaluan dengan Kadir di bahagian Umno KBB. Azimi juga adalah ketua pemuda Umno KBB.

Cik Gu Husin Abd Rahman, balaci Kadir, yang pernah menjagi ADUN serdang, juga ada menyimpan cita-cita nama beliau akan termasuk dalam senarai yang akan ke umumkan oleh Abdullah kelak. Tetapi, Cik Gu Husin kurang di senangi oleh penduduk tempatan dan juga sebahagian ahli Umno KBB kerana sifat hipokrit beliau, dan sifat mengampu pemimpin atasan untuk kepentingan peribadi.

Dalam pilihanraya tahun 2004, Azimi memenangi DUN Serdang dengan mengalahkan Ustaz Yaakob Husin dari PAS. Kemenangan Azimi sedikit sebanyak adalah faktor sokongan dari pihak PEKIDA yang di pergunakan untuk berkempen bagi pihak beliau.

Kerusi Parlimen Kulim Bndar Baharu adalah merupakan kerusi selamat buat BN.