19 Feb 2009

Ada kasta walaupun di masjid

Ini adalah antara perkaran yang aku benci dalam dunia ni. Malaysia masih mengamalkan kasta dalam masyarakat.

Kalau kita baca sejarah dunia berkenaan India, budaya kasta dipraktik di sana sekitar zaman dulu. Sekarang dah pun terhakis walaupun masih ada saki baki budaya kasta dalam masyarakat di India. Rakyat dalam kasta rendah kena hormat kepada orang kasta atas. Orang kasta rendah tak boleh guna kemudahan yang disediakan khas untuk orang kasta atasan.

Di Malaysia masih ada amalan kasta, atau sekurang-kurangnya rakyat Malaysia berminda kasta dalam masyarakat. Rakyat biasa seperti petani, boroh, pekerja kilang di golongkan sebagai rakyat biasa. Pegawai kerjaan peringkat tinggi, wakil rakyat, golongan istana dalam golongan VIP. Kemudian ada pula kasta yang lebih tinggi yang di cipta, iaitu VVIP.

Budaya kasta ini bukan saja diamalkan oleh eksekutif pentadbiran awam, malahan parti-parti politik juga amalkannya. Selepas PAS menang di Kedah dalam PRU 12 lalu, ada kenduri di anjurkan oleh PAS oleh ADUN Bandar Baharu Kedah. Khemah yang disediakan ada dua kategori, satu untuk orang kebanyakkan, dan satu untuk VIP. Aku di jumput ke khemah VIP kerana boleh jadi aku ni kenalan dengan beberapa AJK kawasan. Tapi aku ambil keputusan nak makan di khemah bukan VIP. Kenapa mesti ada perbezaan darjat di kalangan manusia. Parti Islam sendiri pun amalkan fahaman kasta. Dalam majlis-majlis anjuran PAS memang ada pun amalan pengasingan kelas atasan dengan kelas bawahan, kerana terikut-ikut apa yang di buat oleh pihak-pihak munafik. Pihak atasan akan mendapat layanan istimewa. Pihak bawahan, lantak la kamu, pandai-pandai la bawa diri.

Memang ada pengasingan dalam Islam, pengasingan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dalam majlis atau khalayak ramai, bukan pengasingan mengikut kasta.