Hang tunjuk aku, aku tunjuk hang, mai kita lawan jari sapa besaq. Pak aku biasa kena kambus dalam tanah tapi tak mati. Pak hang depa hantaq peluru pun dah korai.
Gobind Singh Deo (gambar kiri) dan Megat Zulkarnain Omardin (gambar kanan) saling cabar mencabar ketika perbalahan di pintu masuk utama bangunan Parlimen semalam. – UTUSAN/Mohd. Naim Aziz
Suasana di pekarangan bangunan Parlimen semalam kecoh apabila kumpulan Pemuda UMNO Selangor mendesak Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta maaf kerana melemparkan ungkapan ‘Pemuda UMNO celaka’ semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat kelmarin.
Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.
Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan Parlimen, anggota polis dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Seri Tiong King Sing yang bergegas ke tempat kejadian.
|