19 Feb 2009
Parking tip
Kalau anda datang ke Seberang Perai memandu kereta, nak parking dalam bandar, dalam petak letak kerete MPSP, kena la pamir tiket parking di atas dash board dalam kereta. Satu jam parking kos 40 sen, iaitu satu keping tiket MPSP. Kita kena guris tiket parking, tahun berapa, bulan apa, berapa hari bulan dan seterusnya jam berapa.
Kalau letak satu tiket 40 sen maknanya boleh park satu jam, kalau lebih satu jam akan kena saman oleh penguat kuasa MPSP, RM 40.00. Kadang-kadang kita terlebih masa parking, letak satu tiket 40 sen paking satu jam lima belas minit. Surat saman kuning dah pun ada terselit kat cermin, nak kena pergi bayar saman RM 40 di pejabat MPSP Bandar Perda.
Tapi ada loophole kalau nak paking lebih masa. Guna tektik cara pamerkan tiket. Atas dash board kereta letak juga kopiah putih. Kalau kita parking lebih masa, datang penguat kuasa MPSP ronda, nak saman, dia tak sampai hati nak saman bila ternampak kopiah putih, tak sampai hati nak saman kereta tok haji.
Aku selalu guna tektik ini, letak kereta depan pejabat sehari suntuk, guna satu tiket 40 sen saja, tak kena saman. Penguat kuasa MPSP sebenarnya semuanya baik hati tak saman kereta pak haji.
Kalau anda berbangsa China atau India, belilah kopiah putih satu, letak sebelah tiket parking MPSP, tentu selamat tak kena saman kalau parking terlebih masa.
Moral cerita: belilah kopiah putih kerana ianya akan menyelamatkan anda dari kena saman.