13 Feb 2009

Azmin Ali Nafi ADUN Kulim akan lompat keluar parti

clipped from www1.mstar.com.my

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat semalam menafikan dua Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN) daripada Kulim dan Pelabuhan Klang telah keluar daripada pakatan itu dan menyertai Barisan Nasional(BN).

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali semalam menafikan ADUN Kulim, Lim Soo Nee akan melompat parti itu.

"Saya baru balik dari Kedah di mana isu yang sama Lim Soo Nee nak melompat tapi Lim Soo Nee kata tidak, cuma dalam Pakatan Rakyat dalam kalangan DAP, PAS dan Keadilan kita boleh beri pandangan ... Lim Soo Nee sebagai ADUN Keadilan dia boleh tegur Menteri Besar," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata tanggapan bahawa Lim akan melompat parti adalah mainan politik pihak-pihak tertentu kerana perbuatan Lim menegur Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak memang tidak menjadi masalah di dalam Pakatan Rakyat untuk kebaikan negeri tetapi telah di salah anggap oleh pihak lain sebagai satu pergeseran dan mungkin Lim akan melompat keluar parti.

 blog it