9 Feb 2009

YB Roslan Shaharum meninggal dunia.


Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum meninggal dunia akibat serangan jantung pagi ini ketika sedang menunggang basikal.

Media turut melaporkan pimpinan Pas, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung Pas Kamaruddin Jaafar mengesahkan bahawa Roslan meninggal pagi ini

Sebelum menjadi Ahli Parlimen,Allahyarham pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia dan Institut Teknologi Mara Perak.

Allayaham mempunyai Sarjana dari bidang Sains Pembangunan Sumber Manusia,Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengkususan Sains politik dan Psikologi UKM serta mempunyai Diploma Pengajian Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Safiah Harun dan 11 orang anak.

Bertanding atas tiket Pas pada pilihanraya ke 12, Allahyarham memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.

Malam kelmarin, Allahyarham kelihatan berada di rumah MB di Ipoh sehingga selesai ceramah pada 12.00 malam.

Satu lagi pilihan raya kecil bakal berlaku di Parlimen Bukit Gantang.

Statistik PRU 12 Bukit Gantang