20 Feb 2009

Aik! dah tutup pun....




Pusat khidmat Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu di isytihar telah di tutup. Tuan ampunya pusat khidmat sendiri tak nak isytihar, biar aku kaki komplen ni yang tolong isytihar.

Gambar atas sekali tu adalah alamat pusat khidmat ini, ada terdapat dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com . Kejap tadi aku baru buka, masih ada maklumat pusat khidmat tu, alamat itu, nombor telefon itu. Semua tu maklumat auta jer, takleh pakai, pusat khidmat kat tingkat atas bangunan tu dah pun tutup. Masa buka dulu pun bukan nya berfungsi sangat, YB jarang sangat ada kat situ, yang ada dua tiga pembantu, entah siapa tak kenal pun. YB sibok sangat kat KL, kat Dubai, kat Mesir jumpa org Gaza. Orang Kulim dia tak perlu jumpa. Sewa pejabat, elaun kakitangan pun tak sempat nak bayar.

Larat ka orang jer nak sponsor kesemuanya. Pusat Khdimat pun nak orang sponsor. Orang lain pun ada anak bini nak kena bela. Gaji dan elaun YB tu buang kat mana, habis buat belanja ke Dubai kot. Kalau jadi ahli parlimen setakat guna remote control jer, buat arahan dari dari jauh, baik tak payah jadi ahli parlimen.

Nampaknya ini agaknya penggal pertama dan terakhir YB kat Kulim ni. Ramai orang dah mula bercakap pasal sikap YB sendiri, ranggi semacam jer. Kena la tukar perangai, jangan terbawa-bawa kelaku seorang peguam tu, kelaku ahli parlimen bukan macam tu.

Semakin hari semakin ramai yang jadi musuh YB di Kulim, di Kedah ni. Dengan ketua cawangan pun nak buat musuh. Baru-baru ni kutuk PAS Kedah dalam akhbar Sinar, kononnya suka buli wakil rakyat PKR. Apa la punya tuuurrrrrrr. Kalau nak cari populariti bukan macam tu caranya, buat malu aku orang Kulim jer, ada ahli parlimen yang low standard.

Kena la balajar dengan Aziz adik Kadiaq tu. Dia kalah dalam PRU 12 lepas. Tapi dia lebih menyerlah di Kulim Bandar Baharu walaupun kulit dia gelap. Orang kampong lebih kerap terjumpa atau dengar pasal program Aziz di kampong-kampong dari program ahli parlimen PKR.

Orang kampong kata, adik Kadiaq tu, walaupun tak menang tapi rajin melawat kawasan. Masa hari raya haritu, ada kain rentang adik Kadiaq ucap selamat hari raya, yang Zul punya tak nampak pun, Lim Soo Nee punya ada walaupun dia China. Musuh pun boleh jadi jadi kawan pasal Aziz ni hemoi, bukan kawan jadi musuh, macam YB PKR tu.

Aziz adik Kadiaq tu kalau datang kampung dia salam dengan semua orang, dia tegur dengan semua orang tak kira sapa, tapi mana pi Zul ni, hak kita penat-penat buat kerja masa pilihanraya dulu, tak nampak muka pun lepas menang. Kita buat kenduri sembelih kerbau pasal menang, dia cabut balik KL, tak mau mai.

Hari tu pi Mekah, naik haji, cerita dalam blog dia di mekah dok tangkap gambar dengan artis nu dengan artis ni la. Taraf apa agaknya mentaliti YB sorang ni.

Kalau bab bantuan kepada orang susah, Aziz adik Kadiaq lebih banyak buat sumbangan berbanding Zul. Dah la masa pilihanraya dulu duit peruntukkan pun tak dak, buat kempen orang kampong penyokong PAKATAN keluar belanja sendiri, lepas pilihanraya buat perangai pulak.

Tu kat pintu pusat khidmat tu, tak payah lah tulis PINDAH SEMENTARA, tukar kertas lain tulis PINDAH TERUS, MASA KEMPEN PRU 13 KITA JUMPA LAGI, HANGPA SIAP DUIT BANYAK-BANYAK, AKU TAK DAK DUIT.