Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul ketika dihubungi pada jam 12.30 tengah hari tadi turut menafikan khabar angin yang mengatakan Zulkifli ditahan polis.
“Dia tak ditahan (polis). Khabarnya dia (Zulkifli) kini sedang bercuti bersendirian tanpa keluarga.
“Saya tak tahu kemana dia menghilangkan diri. Tapi mungkin keluarganya tahu kemana dia pergi,” katanya.
Johari memberitahu beliau mendapat maklumat tersebut daripada keluarga Zulkifli sendiri dan berharap agar media tidak ‘mengganggu’ mereka sekeluarga.
Tambah Johari, keluarga Zulkifli tidak akan membuat sebarang laporan polis mengenai misteri ‘kehilangannya’ kerana mereka tahu kemana beliau ‘bercuti’.