Zulkifli Nordin Masih Belum Dapat Dikesan
SUDAH lebih 72 jam Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkifli Noridn menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan ke mana dan apa terjadi kepadanya. Banyak orang pening dengan kehilangan Zulkifli yang tidak tahu apa sebabnya itu.
Peguamnya yang mengendalikan kes petisyen ke atasnya Md Radzi Mustafa, 50 juga turut sama mula bimbang dan merasai ajaib atas apa yang berlaku. Beliau kini yang berada di Terengganu kerana mengendalikan petisyen kerusi DUN Ladang, bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak baik ke atas anak guamannya itu.
"Saya juga dihubungi banyak pihak bertanyakan perihal Zul ini. Saya dah minta kawan-kawan menghubungi mak mertuanya di Melaka dan ibunya di Baling, tatapi tak ada," ujarnya yang berjanji akan memberi tahu maklumat dari masa ke semasa mengenai kehilangan misteri Zulkefli.
Kata Md Razdi yang juga kawan seprofesyennya sekiranya Zulkifli tidak muncul hari ini beliau akan membuat laporan polis esok di Kuala Lumpur.