Jumaat, 22 Ogos 2008 • Kategori: Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh
KUALA LUMPUR: PERANCANGAN jahat Umno untuk membawa undi hantu ke Permatang Puah terdedah apabila kakitangan kerajaan di Putrajaya disogok RM1,000 seorang untuk mengundi pada 26 Ogos.
Sumber yang merupakan seorang kakitangan yang bertugas di sebuah kementerian di Putrajaya memberitahu Suara Keadilan, komplot undi hantu ini di percayai di dalangi oleh Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Adnan Mansor atau dahulunya di kenali sebagai Adinan a/l Manzoor sebelum beliau menukar nama dalam tahun 70an.
Menurut kakitangan tersebut tawaran itu di buat terutamanya kepada kakitangan berjawatan rendah seperti pemandu, kerani, pembantu tadbir dan sebagainya.
“Mereka ditawarkan RM1,000 seorang dan diminta memandu kereta sendiri ke Permatang Pauh,” kata sumber.
Ini bagi mengelakkan pengundi-pengundi hantu dari Putrajaya tersebut di sekat oleh penyokong Pakatan Rakyat di Permatang Pauh sekiranya mereka menaiki bas.
Walaupun tidak diketahui berapa ramai kakitangan kerajaan Putrajaya di tawarkan namun kebanyakan mereka menolak kerana tidak mahu bersepakat dengan Umno untuk melakukan jenayah.
Sumber juga diberitahu selain daripada imbuhan semua perbelanjaan kakitangan tersebut ke Permatang Pauh juga di tanggung beres oleh Umno.