14 Aug 2008

Saiful Akan Bersumpah Esok?

Saiful Akan Bersumpah Esok?
BEKAS Pembantu Khas, Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan dikatakan akan bersumpah esok mengikut kaedah Islam bagi menegakkan dakwaanya seperti mana dalam laporan polis berhubung beliau diliwat oleh Anwar.
Majlis itu akan dilangsung di sebuah masjid di Kuala Lumpur. Menurut satu sumber yang layak dipercayai bagaimana pun pihak berkuasa tidak menyebut masjid atau tempat di mana majlis bersumpah itu akan berlangsung atas alasan keselamatan.
Persiapan telah dibuat serapi mungkin dan adalah dipercayai persumpahan Saiful itu akan digunakan untuk bahan kempen pihak BN pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos akan datang.
Beberapa minggu lalu 'pembacuh kopi' Anwar itu menerusi peguamnya menjelaskan beliau akan bersumpah dengan nama Allah terhadap apa yang didakwanya ke atas bekas majikan itu sebaik saja siasatan polis selesai.
 blog it