IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Tindakan anggota Puteri Umno membuat laporan
polis kononnya ada orang merabanya dianggap sengaja dilakukan bagi
menutup perlakuan lucah mereka.
Semasa perarakan calon semalam ada di antara mereka yang menunjukkan
perlakuan lucah dengan menunggeng punggung dan bermacam-macam lagi.
Gelagat dan tingkah laku anggota puteri dan pemuda Umno dirakam
jurugambar media biar pun perkara itu cuba disembunyikan media
elektronik.
Mengulas perkara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz
Nik Mat berkata, anak-anak muda dalam Umno cuba mempersendakan Dato'
Seri Anwar Ibrahim, biar pun dakwaan kes itu masih dibicarakan di
mahkamah.
"Anak-anak muda dalam Umno telah dipengaruhi pimpinan mereka seolah-olah
mahu menghukumkan Anwar. Mereka sengaja berniat jahat kerana di Malaysia
seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sebelum mahkamah
memutuskannya.