Peguam Shafie hempas dokumen ke lantai bila Raja Petra enggan terima
KUALA LUMPUR 15 Ogos — Peguam terkenal Datuk Muhammad Shafee Abdullah hari ini mengejutkan banyak pihak di Mahkamah Majistret di sini apabila menghempas dokumen yang mengandungi perintah mahkamah dan writ saman ke lantai apabila penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin enggan menerimanya.
Muhammad Shafee yang sebelum itu menemui Raja Petra “secara baik" menghulurkan dokumen itu sebagai tanda penyerahan tetapi Raja Petra yang turut ditemani dua peguamnya J. Chandra dan Amarjeet Singh enggan mengambilnya serta bertindak seolah-olah Muhamad Shafee tidak berada di situ.
Keadaan itu membuatkan Muhammad Shafee berang dan bertindak menghempas dokumen itu tetapi masih tiada sebarang reaksi daripada Raja Petra dan peguamnya itu malah mereka langsung tidak mengambilnya.
15/08/2008 3:24pm