16 Aug 2008

Syirik, Arif Syah percaya kepada tuah nombor!

clipped from mstar.com.my
Nombor tiga petanda baik bagi Arif Shah mulakan kempen pilihan raya
16-08-2008 04:59:55 PM

BUKIT MERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, beliau begitu bersemangat untuk berjuang memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh walaupun menghadapi ketua lamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Arif Shah, 51, juga menyifatkan kedudukannya sebagai calon nombor tiga dalam kertas undi pada pilihan raya kecil pada 26 Ogos ini sebagai petanda baik untuk beliau memulakan kempennya.

Nama Arif Shah berada di petak ketiga dalam kertas undi, manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat, 61, dan Anwar, 61, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing di petak pertama dan kedua.

 blog it