14 Aug 2008

Sedutan dari Forum Gerak Reformasi

Anonymous
Siapa sebenar Zul Noordin ?
Wed Aug 13, 2008 10:39PM

Zul Noordin bekas Pemuda UMNO Bukit Bintang , peguam yang selalu dapat kes sensasi dan dapat akses yang mudah kepada Polis samada di Bukit Aman atau Dang Wangi . Peguam yang banyak berceramah dan tidak banyak buat kes tetapi boleh beli rumah , kereta , motorsikal besar secara tunai .

Zul Noordin adalah rapat kepada Lamin Yunus , bekas Presiden Mahkamah Rayuan yang benci sangat dengan Anwar Ibrahim . Zul ambil pengajian Bahasa Inggeris di New Zealand tetapi tukar kepada pengajian undang-undang dengan pertolongan Kadir Musa ( sekarang Hakim Mahkamah Tinggi lantikan Usop Chin ) yang ketika itu Penasihat Undang-undang KDN zaman Mahathir Mohamed . Zul ni tidak mendapat kepercayaan PAS kerana latar belakang nya dan akhirnya lari ke PKR .

Aku tidak menuduh Zul Noordin tapi tanyalah Zainur Zakaria kenapa beliau pecah kongsi firma guaman dgn Zul Noordin . Tanya Mat Sabu serta orang-orang PAS mengapa mereka sangsi kepada Zul Noordin . Tanya kepada SB di Bukit Aman , siapa sebenar Zul Noordin yang sering hilangkan diri setiap kali ada kontroversi . Tanya kepada Dr.Wahab , calon Pas di Temerloh 1999 , kenapa beliau kalah di Temerloh .

Kepada ahli-ahli FGR yang menuduh aku cuba reka cerita Zul Noordin , selidek dahulu siapa Zul Noordin dan kemudiannya lu fikr-fikir lah sendiri !