31 Jan 2010

MP Kulim: TEMBELANGNYA TELAH PECAH!!!!

Assalammualaikum...

Sebagai orang Kulim Bandar Baharu rasa terpanggil juga untuk menulis mengenai MP Kulim BB sekoq ni apabila tidak tahan lagi melihat tingkah laku dan kenyataan2 yang menyakitkan hati rakyat terutamanya penyokong pakatan Rakyat. Rasa marah,benci yang meruap ruap dikalangan pemimpin Pas dan PKR di Kulim BB dah tak tertanggung lagi rasanya.

Bukan setakat seminggu dua ini tetapi sejak bermulanya PRK yang ke 12 lalu. Apabila disahkan sahaja mendapat pencalunan untuk bertanding dari PKR pusat dengan penerimaan tauliah menjadi calun maka mulalah membuat onar dan duri dan menunjukkan wajah sebenar yang kononnya seorang pejuang Islam sejati. Makian dan sumpah seranah serta carut mencarut tak lekang dari mulut seorang ustaz yang dianggap zuhud pada mulanya.

Kalaulah kata2 itu keluar dimulut budak2 dah lama kena  makan penampar. Dana pilihanraya yang diberi kepadanya oleh PKR pusat dah habis sebaik mendapat jadi calun katanya sehinggakan duit membeli borang pencalonan dari SPR sebanyak RM25 pun tak dibayar balik kepada orang yang membelikannya. Duit ringgit dalam tempoh berkempen semuanya di keluarkan sendiri oleh pimpinan dan penyokong pakatan rakyat di Kulim sendiri.

Kalau minta padanya bukan nak diberi tapi kata2 yang tidak enak didengar telinga yang akan diperolehi darinya. Padahal banyak duit derma dari seluruh Malaysia yang didermakan untuk kemenangan beliau tapi heranya kemana duit tersebut hilang hanya beliau yang tahukannya sampai ada yang telah mendermakan dari duit zakat yang tidak menghalalkannya setelah mengetahui belang sebenar beliau.

Ada juga hamba Allah yang mendermakan sebiji rumah untuk beliau semasa PRU dulu untuk penginapan dan dijadikan markas strategi beliau dan seterusnya dijadikan istana hinggap sehingga habisnya PRU dan tidak diselenggara dengan baik.jadi kotor dan tuan rumah pula dijadikan seperti hamba mencuci kekotoran dan sampah yang beliau buat sehinggakan tuan rumah terpaksa menukar kunci apabila tidak tahan lagi menjadi amahnya setiapkali beliau turun ke Kulim.

Akhirnya beliau datang sekali sekala dan berpejabat didalam bas ekspress. Mai pagi balik petang dan masalah orang Kulim BB hampa selesailah sendiri. Buka pusat khidmat parlimen tak dibayarnya sewa dan duit ubahsuai pejabat maka tuan kedai terpaksalah menutupnya dan si MP Kulim BB ni pun bukalah pejabat khidmat Parlimennya di Kuala Lumpur apa berita melalui blackberrynya. Nak tau yang tulus mulus baca diblognya.HAPRAK!!

Sebenarnya kesah2 ini telah saya tulis dulu dalam tajuk MENANTI TEMBELANG MP KULIM BB PECAH.  Begitu juga dengan penulis lain di Kulim seperti MIE ITIK dan MAMAT. Membongkar ke bobrokkan MP Kulim ni yang dianggap seorang pembela Islam sejati oleh orang2 yang tak mengenali beliau secara rapat.

Tetapi di mutakhir ini sedikit demi sedikit tembelangnya telah mulai pecah dan baunya telah menusuk dihidung rakyat malaysia yang cintakan keadilan. Pembongkaran kami mulanya disangkal dan tidak diendahkan oleh ramai pihak termasuk pimpinan PKR sendiri tapi akhirnya kebenaran telah timbul. Maka dimakbulkan lah doa orang2 yang telah diinaya dulu. Saya malaslah nak bercerita lagi tentang duit ringgit samaada yang diperolehi dari PKR pusat, dari Kerajaan Negeri dan dari sumbangan orang ramai.

Jadi pembaca fikirlah sendiri samaada duit itu sampai ke gulungan sasaran atau ke Rakyat jika MP Kulim ni berperangai begini, kalau tanya seorang pemimpin tempatan iaitu Ketua Penerangan PAS Kulim beliau akan mengatakan bahawa Zul Noordin ni belum buka mulut lagi dia dah tau MP Kulim ni nak berbohong......sampai tara tu..jadi bhai fikirkanlah sendiri. Harapkan kepiah dikepala, mungkin nyorokkan sesuatu yang tak ada diatas rasanya. Nak cerita panjang dah banyak laman2 blog juga dah membongkarkan kebusukan dan kecelaruan yang dilalkukan oleh Uztaz kedekut macam taik hidung masin nie.....ngeeee.

Baca di Blog From Perak with Love. pendekar gunung Keriang, W, Fauzdin. Greenboc semua nya membongkar kisah2 busuk yang dibuatnya. Hanya blog kickdefella aje yang mempertahankanya. Itu pun budak tu dok di Kelantan tak mengenalinya secara dekat dan juga bermasaalah disana. Ramalan saya mungkin perjanjian si Zul ni degan Najib dan UBN ni telah sampai masa atau mungkin surat tanpa tarikhnya telah cukup tempoh. Maka selain dari perjanjian mengabaikan parlimen sendiri serta waktu untuk melompat dah pun sampai. Jadi salah satu caranya untuk tidak menjatuhkan maruahnya maka biarkanlah dirinya dipecat agar tidak nampak sangat ketara kebobrokkannya.

PKR membiarkannya lagi maka lagi dasyatlah statment yang akan dibuatnya. Terakhir ini beliau menyatakan Pakatan Rakyat seperti melancarkan revolosi seperti meminda perlembagaan negara. Jadi peninglah SUA PKR Baru Sdr. Saiffudin menafikannya. Baru nak fikirkan memperkasakan PKR terpaksa memikirkan mangkuk sekoq ni...Apa punya tuuuur.. Begitulah onak dan duri yang akan dilakukannya. Jadi tunggu apa lagi PKR...takkan nak tunggu rakyat pula menjatuhkan PKR!!!!!!!!.

Penyokong dan Pendokong Pakatan Rakyat akan bersetuju dengan cadangan ini. Biar nampak zalim pada seorang dari menzalimi puluhan ribu rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat di Kulim Bandar Baharu. Lagi pun ramai pemimpin Ameno dah memperlawa beliau. Apa nak dikesahkan......

Beginilah nasib Pakatan Rakyat tak habis dugaan yang ditempohinya. Adat Perjuangan yang baik selalunya menempuh duri dan ranjau. Tekanan diterima hari kehari dan silih berganti. Ditepis rempuhan dari UBN tapi membisul dibadan sendiri, Pemimpin yang rakyat harapkan menikam sesama sendiri.

Dalam waktu kesempatan yang ada DSAI perlulah melakukan sesuatu yang drastik. Jangan dibiar barah membusuk dibadan sendiri. Buang dan Pecat kudis2 yang melekat dibadan PKR dan Tuan Guru Hj. Hadi perlu mambuang bisul di badan2 PAS. Jangan sampai biarkan sekelunit kulat tumbuh diserban PAS. Jadikan ianya satu perbedaan antara Pakatan Rakyat dan UBN. Rakyat ada mata dan menjadi hakim negara. Kalau biarkan maka rakyat akan menghukun Pakatan Rakyat,,,,maka hancur dan punahlah jalan ke PUTRAJAYA...!!!! Percayalah setelah teruk Selangor dihentam dan diduga dari setiap penjuru maka akan tiba saatnya KEDAH pula selepas ini........Perancangan UBN tak akan padam cuma masa yang akan menentukannya. Maka bersiap sedialah wahai Pemimpin Pakatan Rakyat Kedah!!!!....

Wallahhualam.

NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN

Jin Brabus

28 Jan 2010

ZulEmpatKulim kelentong lagi.



Gambar diatas adalah pusat khidmat Zul4Kulim yang baru. Lokasi pusat khidmat ini adalah di Kota Kenari, berhampiran dengan Majlis Perbandaran Kulim. Tak tahu la pulak sapa yang tolong bayaq sewa. Kalau harapkan dia, tobat lahum nak keluar duit.

Pusat Khidmat ini tak ada sign board atau papan tanda. Kalau salah seorang ahli majlis tak tunjuk kat aku unit kedai ni, aku pun tak tahu disinilah pusat khidmat ahli parlimen yang glamour tu. Ingat ka rumah bela burung.

Lama dah tak pernah nampak muka dia di Kulim. Dok sibok dengan agenda diri sendiri, berulang alik antara KL dan Dubai saja. Tiba-tiba dalam posting dia dalam blog kelmarin 27.01.2010 seolah-olah macam dia ada di Kulim. Kalau nak baca klik sinii:  ZulEmpatKulim

Dia ni memang pandai berlakon. Nak lari dari isu saman Khalid Samad, dia buat poting pasai masaalah sampah dalam bandaran Kulim. Bukan ni kali pertama, dulu pun pernah keluar berita dalam Sinar berkenaan aktiviti dia di Kulim. ingat ka berita betul, rupanya dia email saja cerita kat Sinar. Muka tak nampak pun di Kulim, tapi dari cerita yang ditulis seolah-olah dia ada di Kulim.

Dia tadbir Kulim Bandar Baru ni pakai Blackberry saja. Tak payah ada dalam kawasan, semua dijamin beres.
 


Zul Empat Kulim

Elok la tu Zul kalau nak join UMNO, tumpang dok laku, Demand la tiga empat juta. Esok time dah tak laku melepas saja tak dapat apa.

Perangai ketegag macam hang memang sesuai masuk UMNO, tak sesuai dudok dalam Pakatan Rakyat.
UMNO sedia membuka pintu untuk Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyertai parti itu sekiranya beliau dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pendiriannya tentang penggunaan kalimah Allah.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, UMNO bersifat terbuka mengenai perkara tersebut selagi beliau boleh menerima asas dan matlamat perjuangan parti itu yang cukup jelas iaitu untuk menegakkan dan mempertahankan Islam.
“Pada masa sama, UMNO mempunyai kerukunan hidup rakyat Malaysia dan tidak ekstrem, lebih mengutamakan permuafakatan dan mengutamakan keadilan kepada semua pihak.
“Oleh itu, kita terbuka sekiranya Zulkifli ada hasrat untuk menyertai UMNO dan kita mengalu-alukannya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke projek pembinaan asrama terbengkalai Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (SMKKKB) di sini semalam.
Mohd Puad berkata, UMNO tidak mengambil kesempatan atas kecelaruan berlaku terhadap parti itu ketika ini.
 blog it

25 Jan 2010

Dah Teruk Negara Kita Ni Weh!

Kali ini kita ingin menumpukan tentang ekonomi secara pandangan orang kecil yang melayari kehidupan sehari-hari membanting tulang empat kerat. Kita tidak cuba membicarakan gaya hidup ‘jetset’ atau ranggi ala-ala pemimpin Umno dan golongan Korporat yang sekufu mereka.

Keperluan asas manusia ni bukan lah banyak sangat pun. Makan minum, tempat tinggal, kenderaan, kemudhana kesihatan, pelajaran, pekerjaan dan ruang hidup yang aman (bukan Umno). Rasanya itu sahaja. Yang lain itu cuma aksesori yang bukan keperluan pun. No hal lah kata orang kalau tak ada pun. Akan tetapi, perkara yang disebut terdahulu itu amat penting dan menimbulkan kekecohan, kacau ganggu sosial serta ketidakamanan jika tidak dapat dipenuhi. Lihat sahaja apa yang ter jadi setelah berlaku tsunami  di Asia dan gempabumi di Haiti baru-baru ini.
 
Orang masih boleh hidup tanpa Mercedes Mata Belalang atau rumah banglo. Orang juga masih selesa jika tak dapat mengunjungi KFC atau Pizza Hut seminggu sekali. Rakyat masih selesa kalau mereka tidak dapat mengunjungi bioskop atau gedung-gedung pasaraya yang besar gedang. Akan tetapi rakyat akan melompat dan melenting kalau keperluan asas mereka tergugat atau keupayaan beli mereka tersagat! Hakikatnya, ini lah yang sedang menimpa rakyat secara halus dan istiqamah.
 
Kuasa membeli  kita semakin mengecil berbanding dengan perolehan pendapatan setiap bulan. Keadaan ini lebih parah di kawasan bandar dan pinggir bandar berbanding desa dan kampong. Orang kampong membuat dua tiga pekerjaan dalam satu hari untuk keperluan menabung manakala orang bandar  pula terpaksa melakukannya semata-mata untuk menampung keperluan seharian hidup ia dan keluarga. Itupun belum tentu mencukupi.
 
Cuba lihat apa yang boleh dijinjing dari Pasar Tani dengan bermodalkan RM50. Berapa pula belanja yang dikeluarkan setiap kali musim sekolah bermula? Untuk meladeni perayaan berapa urat rantai (kalau ada) yang perlu digadai. Berapa isi rumah yang tiada pekerjaan walau kelulusannya berjela? Soalan terakhir, berapakah agaknya simpanan yang mereka ada untuk kegunaan di waktu kecemasan?
 
Ringkasnya, taraf hidup rakyat semakin jatuh dan menghimpit. Apabila bangun setiap pagi otaknya ligat mencari jalan untuk memenuhi tuntutan keperluan. Sang isteri pula tidak lagi mengidam rantai dan gelang. Cukuplah sekiranya usaha suami berjaya dan rezeki dibawa pulang untuk memastikan dapurnya berasap. Bagi yang bergaji tetap boleh tahan keadaannya jika berjimat, manakala bagi mereka yang kais pagi makan pagi tentu sahaja menghadapi cabaran yang hebat!
 
Inilah suasana yang dialami rakyat jelata. Terkecuali pimpinan UmnoBn, kroni dan saudara rapat mereka. Bagi kita yang kecil lagi marhaen, ini lah dia kehidupan kita. Aku, kamu, mereka sedang melalui zaman getir ini.
 
Melihat dari apa yang berlaku dalam negara dan pembacaan penulisan bebas luar negara, kita diserang kebimbangan yang amat. Apa tidaknya, peramal ekonomi telah mengatakan dunia akan menghadapi ‘double dip recession’. Berita-berita kurang enak tentang bank di Amerika yang bakal kaput jumlahnya menghampiri 200 buah. Citibank kerugian $7.8 billion pada suku keempat tahun lalu. Pengangguran bertambah setiap ketika. Apakah krisis kewangan baru akan melanda?
 
Berita-berita ekonomi yang menakutkan itu walaupun berlaku di Amerika, ia sebenarnya ibarat getaran ombak yang tentunya akan sampai juga ke negara kita kemudiannya. Kita sebenarnya belum pun pulih dari kemelesetan yang disebabkan oleh ‘subprime mortgage’ tahun lalu. Bagaimana agaknya kesan kemelesetan kali ini?
 
Beberapa hari lalu telah didedahkan bagaimana Simpanan wang Luar telah menyusut dengan teruk sehingga mencapai 50% Keluaran Dalam Negara Kasar. Pengaliran keluar modal itu yang bernilai RM355 billion adalah dua kali ganda apa yang dialami Russia dan yang paling teruk berbanding negara membangun lain. Yang menakutkan ialah tatkala negara lain menunjukkan pemulihan, modal dalam negara kita terus menerus keluar.
 
Di sebalik keghairahan laungan dan kokokan 1Malaysia, kalau boleh kita pohon rakyat menyoal pemimpin ini apakah kedudukan sebenar ekonomi negara? Jangan sekadar bertepuk tangan sahaja! Keluarlah dari kepompong menjadi kaldai tunggangan mereka. Bukalah minda tidak kira apa usia anda- tua atau muda. Bebaskan lah belenggu yang mengikat kebebasan pemikiran anda. Soalnya , sampai bila.....???
 
Sekarang, saya mahu berkongsi maklumat dengan anda tentang beberapa perubahan dasar kerajaan dalam Kementerian Kesihatan dan Pendidikan. Saya juga akan sambil lalu mencuit sana-sini supaya deria rasa kita kembali tajam dan pintar membuat tafsiran. Berat sebenornya nak buat kerja ni....
 
Desas-desus sudah pun kedengaran tentang pemotongan elaun yang akan menimpa sektor pendidikan. Ada elaun yang dikurangkan dan ada pula yang dibatalkan terus. Tentu sahaja para guru sudah mula mencongak untung nasib mereka untuk beberapa bulan mendatang. Manakala wang bantuan anak miskin KWAM, Amalan Makanan dan Pemakanan sudah pun berkurangan dan ada yang dibatalkan. Peruntukan pembangunan sukan sudah jatuh ke tahap asas sahaja, seperti bola getah dan gelang lenggang. Baucer tuisyen sudah mula dihapuskan.
 
Ada guru yang telah dinaikkan pangkat tetapi masih menerima gaji takuk lama selama dua tahun kebelakangan ini.
 
Sektor kesihatan pula terjejas dengan bekalan ubat-ubat tertentu (yang mahal) sudah tiada. Selain kesan buruk terhadap pesakit yang kurang mampu, kepuasan bekerja di kalangan para doktor pakar juga akan terjejas. Ingat, betapa para doktor dilatih menjiwai kemanusiaan dan ehsan. Jika masalah pesakitnya terkantul di atas kertas rawatan dan slip ubatan, mereka akan tertekan dan tentunya memilih jalan keluar menyertai sekstor swasta.
 
Seorang rakan telah menelefon dari Kementerian Kesihatan menceritakan bagaimana sebuah hospital kerajaan di Kulim telah menanggung hutang utiliti mencecah RM1 juta dan ambulan yang mahu mengambil minyak petrol di stesen minyak telah tidak dilayan kerana hutang yang tidak dijelaskan! Kenapa agaknya?
 
Seorang sahabat anggota TLDM pula menceritakan bagaimana mereka telah diberi cuti tambahan kerana kapal tidak belayar sedangkan jadualnya mesti berada di laut lepas menjaga perairan negara. Terkejut saya apabila diberitahu yang mereka sekadar menghangatkan enjin kapal di jeti kerana kekurangan bahan api untuk belayar! Ayooo...... inikah penangan 1Malaysia?
 
Perhatikan tugu-tugu 1Malaysia yang bertaburan dalam negara. Perhatikan iklan yang bertayangan di mana-mana. Perhatikan juga peruntukan Bajet 2010 yang berjumlah RM100 juta untuk Rosmah Mansor dengan anak patungnya yang bernama PERMATA. Kenapa perlu diteruskan Monsoon Cup apabila kantung negara menyusut? Kenapa perlu diwujudkan sistem cukai GST kerana tiada wang sedangkan boros untuk Formula One? Kenapa mahu menjual pesawat MIG 29 atas alasan mahal kos selenggara, kemudiannya mahu merancang pembelian pesawat baru pula yang tentunya mahal? Apakah ia lebih menjimatkan?
 
Yang terpenting sekali, kenapa tidak mengelak, menghenti serta menghapuskan kebocoran dan ketirisan aliran perbelanjaan negara kerana melaluinya kita mampu berjimat berbilion Ringgit?! Perhatikan kes penyelewengan PKFZ yang menghanguskan puluhan billion RM. Juga program PLKN yang jelas menguntungkan kroni sahaja.
 
Kita sebenarnya mewarisi sistem pemerintahan TKT Dr Mahathir yang teruk dan korup. Apa jua yang membusuk sekarang adalah berpunca dari bisul yang dijana dan dibiar merebak semasa zaman TKT. Tidak kisahlah samada secara langsung atau tidak, hakikatnya sebagai Kepala pemerintah segala kesilapan akan terhempap atas batu kepalanya. Itu sebab kita kata, jawatan adalah amanah bukannya cara mudah mengumpul kekayaan.
 
Akan tetapi Mantan PM ini dilihat lebih senang menuding jari terhadap sesuatu isu dengan sikap mudah lupanya akan kesilapan sendiri. Tun mahu dilihat maksum dan berjasa kepada negara. Dia juga mahu menjadi Negarawan yang tersohor dalam catatan sejarah negara. Hakikatnya, TKT Mahathir lah sebenarnya punca kepada semua masalah yang mewarnai negara sekarang. Bapa Korupsi.
 
Dakwaan yang dibuat seorang penulis sehinggakan bukunya ditahan mungkin boleh dipertikai dari segi angka wang yang diseleweng. 100 billion zaman Che Det, 270 billion zaman Tun Abdullah. Berapa pula di zaman Najib Tun Razak? Semua rakyat berhak membuat andaian masing-masing. Walau apa jua dalih dan kelentongan Mahathir, secara tidak langsung dia mengakui akan berlakunya penyelewengan di zaman pemerintahannya itu.
 
Fakta yang tidak boleh disangkal ialah kedudukan kewangan negara amat meruncing. Kita sedang jatuh bebas ke jurang kemelesetan yang amat dahsyat. Ulasan oleh pakar serta apa yang kita nampak berlaku setiap hari dilihat senada dan mengiyakan tanggapan negara kita menuju ke arah yang tidak sihat dari segi ekonomi. Kenaikan harga barangan, tariff, tol akan menyagat kita.
 
Hasil dari segala kemungkaran ekonomi dari zaman TKT Mahathir sehingga sekarang menjadikan negara kita kekurangan kecairan. Ini diterangkan oleh langkah penjualan  pelbagai Saham-saham baru PNB, penjualan bon-bon kerajaan, pinjaman luar negara dengan jaminan kerajaan untuk mengumpul dana serta kesan yang kita terangkan di atas tadi.
 
Lalu, apa lagi yang kita tunggu? PRU 13 adalah medan yang amat penting untuk rakyat membuat keputusan bijak.
 
- Dr. Nologareng


Reblog this post [with Zemanta]

Zul Noordin faces PKR disiplinary action.

By Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Jan 25 — PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said last night that Kulim MP Zulkilfi Noordin will face disciplinary action by the party.

Anwar said Zulkifli had crossed the line and that he was disappointed with him.

“I have always given him room to express himself but I have not always agreed with him.

“I have advised him not to cause any tension among our partners but he has crossed the line this time,” Anwar told reporters at Pakatan Rakyat’s road show here.

Zulkifli, known for his hardline Islamic views, had lodged a police report against the PAS’ Khalid Samad for making a statement that a Selangor enactment which prohibited non-Muslims from using the word “Allah” and other Islamic terms was “outdated.”

Anwar confirmed that he has written to Zulkifli and was expecting an explanation before Tuesday.

 blog it

Anwar dihalang berceramah di Kg Kerinchi

Isnin, 25 Jan 2010.

Alhamdulillah acara di Ampang dibanjiri puluhan ribu rakyat tanpa sebarang masalah.

Tetapi program di tanah PKNS, Kampong Kerinchi bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dan Nurul Izzah menghadapi masalah permit polis.

Entah mengapa sejak kemenangan kita usai tahun 2008, belum pernah sekali kami dibenarkan berucap di Lembah Pantai. Shahrizat terus berdendam dengan kekalahan dan Raja Nongchik menganggap beliau punyai kuasa mutlak. Dan polis bertindak sebagai alat penguasa Umno.

Dalam pengalaman saya berdepan dengan pegawai polis sebelum ini dalam isu ceramah, saya belum pernah menyaksikan keangkuhan pegawai saperti Wan Bari dari IPD Brickfields. Selalunya pegawai datang – pernah Ketua atau Timbalan Ketua Polis Negeri menyatakan dengan sopan (dari bawah pentas) bahawa saya harus segera menghentikan ucapan. Dalam kes ini beliau terus naik ke pentas pukul 11.33 malam dan minta saya hentikan ucapan. Saya setuju dan meminta hadirin bertenang.

Saya berhenti berucap tetapi beliau arah saya turun pentas segera. Saya minta beliau sopan, kerana saya sudah berhenti dan tidak wajar beliau pamer kuasa secara angkuh.

Alhamdulillah majlis berakhir dengan tenang. Ayuh Selamatkan Malaysia!

ANWAR IBRAHIM

blog it

ZulEmpatKulim yang sewel.

Petikkan dari Tukar Tiub.

INI BUKAN GAMBAR ZUL NORDIN - INI GAMBAR YANG BERHORMAT MAT DONKI
PKR WAJIB BUANG ZUL NORDIN

Parti Keadilan Rakyat hanya ada satu pilihan:
lucutkan keahlian Zulkifli Nordin dari menjadi ahli PKR.

Jika Zulkifli Nordin tidak dibuang dari PKR maka ini
implikasinya:

- pemimpin PKR tidak tegas
- pemimpin PKR berdulak dalik
- rakyat kurang yakin dengan pimpinan PKR
- adanya Zulkifli Nordin didalam PKR akan
merosakkan setiakawan antara parti parti
di dalam Pakatan Rakyat.

siapa malaon ini?

malaon adalah saekor baral yang telah
mencelah masuk ke dalam arena politik
ketika anwar ibrahim ditahan. ramai orang silap anggap.
ramai orang menyangka malaoan ini ialah salah seorang
dari pasokan peguam dalam kes anwar ibrahim tahun 1998.

tidak betul. malaoan ini hanya menebeng di mahkamah.

kemudian malaoan ini menjadi pak sibuk. berceramah ke hulu ke hilir.
ceramah ceramah kosong tentang mak yan. saya pernah
menulis pada tahun 2000 tentang ceramah mak yan ini.
ada juga ceramah ceramah tong kosong dari malaoan ini.
contoh nya ceramah tentang kuku jari anwar ibrahim
yang hitam kerna di racun.

ini ceramah bohong.

sebagai saekor peguam yang kurang kes anwar ibrahim telah
membukakan peluang untguk malaoan ini menonjolkan diri
dengan ceramah ceramah seram lagi bodoh lagi tak sekolah.

umum wajib diberitahu malaoan ini pada satu ketika dahulu ialah ahli
parti pas dan ada jawatan di bandar tun razak. tetapi kerana tidak ada kudrat
dan ilmu pengetahuan maka orang pas pun tidak memerlukan malaon
kelas ketiga ini.

pilihanraya yang lalu malaon ini telah menang. tetapi kerana bangang
malaon ini telah melakukan kesilapan dalam hal peraturan pilihanraya.
lalu kes dibawa ke mahkamah. malaoan ini telah berunding. hasil
rundingan - kes telah digugurkan. untuk gantinya malaoan ini wajib
meracau sepanjang masa.

justeru malaon ini contoh terbaik untuk PKR dan PAKATAN
agar dimasa hadapan berhati-hati apabila memilih bakal calon.

nota:
jangan tunggu sehingga malaon ini akan mengeluarkan kenyataan
yang menganggap saiful sebagai gadis suci murni yang punggungnya
masih bergetah dan bercendawan kah kah kah.


Reblog this post [with Zemanta]

24 Jan 2010

Kalau sekoq ni masih ada, PR akan celaru.


Zulkifli Noordin Buat Laporan Polis Terhadap Khalid Samad

KUALA LUMPUR: Hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS dikusutkan lagi ekoran tindakan Zulkifli Noordin daripada PKR membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada PAS.
Zulkifli yang juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru berkata, laporan polis itu dibuat berhubung kenyatan Khalid yang menyebut enakmen larang kalimah "Allah" ketinggalan zaman. "Saya dah buat kenyataan dua hari lalu meminta supaya Khalid segera meminta maaf kepada Sultan Selangor dan umat Islam dan menarik balik kenyataan itu tetapi beliau tidak berbuat sedemikian malahan tidak menunjukkan sebarang penyesalan setelah dipanggil menghadap Sultan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Masjid India di sini hari ini.
 blog it

Anak polis, penagih dadah, jadi tukang bakar surau.

4 ditahan berkaitan kes bakar surau di Muar
Empat orang ditahan di Johor kerana dipercayai terbabit dalam kes membakar surau di Muar dua hari lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mereka yang ditahan itu berusia antara 16 hingga 28 tahun.

Seorang daripada mereka yang ditahan itu dipercayai anak seorang anggota polis.

Pada 21 Januari lalu, dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi.

Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer.

Mereka ditahan di tempat yang berasingan pagi semalam - kurang 48 jam selepas insiden tersebut.

Ismail berkata, suspek, termasuk seorang daripadanya bekerja sebagai pelayan dan seorang lagi penganggur, tinggal berdekatan surau tersebut.

 blog it

21 Jan 2010

Sedikit Kisah YB Zulkipeliarq & YB Sekufunya

Oleh Mi Itik

Rasa serba salah juga kita bila menyentuh bab YB yang seorang ni. Bukan apa, ia ibarat membuka pekung di dada. Sekali pandang macam kerugian menimpa kita, namun bila difikir-fikir lebih baik membuka pekung dari esok jatuh terlopong!

Pertamanya, saya ingin menegaskan betapa apa yang ditulis ini adalah fakta semata-mata. Ia bukannya kelentong atau lebong. Bahkan ia adalah kesinambungan kisah lalu. Memahaminya berarti anda akan lebih kenal tentang susuk tubuh dan dalaman seorang yang sesetengah pengkagumnya memanggil beliau sebagai ustaz atau zuhud.

Keduanya, kita mahu hikayat Zulkifli ini menjadi pengajaran dan panduan kepada mana-mana individu serta polan yang mahu aktif politik, mestilah bersih dari berkelakuan yang tidak senonoh ini. Dan lagi, kita mahu pemimpin atas menapis dengan baik pemimpin yang mahu dihantar sebagai calon. Itu sahaja.

Seperti yang pernah diberitahu dahulu, Zul bermasalah dari mula sebagai calon dengan sikap kedekut, kaki pau orang sekeliling serta bodoh sombong. Setelah menang mangkuk ini meneruskan tradisi kelas felarq apatah lagi selepas petisyen SPR ditarik balik. Zul tiada pilihan dan ia perlu akur dan patuh kepada perjanjian syaitan yang dibuatnya dengan Najib. Tidak turun ke padang serta membuat kenyataan sensasi dalam sesuatu isu adalah tugas wajibnya untuk merosakkan imej Pakatan Rakyat. (tentunya dengan imej zuhud dan jiwa Melayu!)

Ekoran sikapnya yang haprak itu, aktivis bawahan serta pemimpin pertengahan menjadi nanar kerana Wakil Rakyat mereka seolah-olah pemimpin politik Umno! Permohonan bantuan kewangan yang ringan serta lawatan ke kawasan parlimen seolah-olah satu rasuah. Zul akan segera menjauhi dirinya. Jangan tidak, dia akan menghantar sms yang ‘zuhud’ sebagai pengganti diri serta jawapan kepada permintaan orang. Memang Zul amat kedekut. Yang seronoknya, hak orang lain dia kebas!

Bayangkan kunci rumah orang yang biarkan dia guna sepanjang tempoh kempen telah dibuat pendua tanpa keizinan tuan rumah! Dah la tu, pengotor pula seolah-olah ada pecacai yang akan membersihkannya untuk YB yang dihormati.

Keburukan perangai serta sikap Zul memang menggoncang riak yang kuat di bawah permukaan arus politik setempat. Dari aktivis PAS, PKR sehinggalah kepada pengundi biasa. YB ini dilihat sebagai barua kepada rejim Najib atau kerajaan Kelambu. jelas dia menuruti sahaja skrip yang ditulis Najib sebagai balasan kepada petisyen SPR yang ditarik balik tempohari.

Bagi mengatasi masalah perangai buruknya yang enggan turun ke padang selain memberi ceramah atau khutbah, pengurusan Negeri serta keputusan kolektif telah dibuat dengan mengarahkan Ahli Majlis Bandar Baru supaya turun padang mengambil peranan pengganti YB. Maka berkejaran lah Mamat ni sehingga disalahanggap sebagai cuba menonjolkan diri. Beliau bersilih ganti dengan Aziz Sheikh Fadzir meladeni masalah penduduk serta pengundi di situ.

Ini tentu sahaja mendatangkan masalah kepada perjanjian syaitan yang dibuat dengan pemuka Gerombolan. Lantaran itu Zulkipeliarq telah cuba mengganggu perlantikan semula saudara Ismail sebagai Ahli Majlis MDB..... Jahat kan? Alasan bantahan yang diberikannya memang menarik. Tetapi ianya siut sahaja. Yang penting ialah matlamat untuk  memberi laluan kerja lapangan kepada Penyelia Parlimen si mulut celupar perkauman. Itu sahaja.

Teruk nya Zul ini sehinggakan pemimpin setempat malas dan muak melihatkan kehadirannya tatkala acara parti dilangsungkan sehinggakan mereka enggan bersalam dengannya. Zul akan celapak datang jika untuk kepentingan peribadi contohnya jika DS Anwar Ibrahim hadhir majlis yang tak memerlukan sumbangan walau satu sen pun darinya. Satu ketika dahulu, semasa ceramah diadakan di Kampong Baru Bagan Samak,  dia juga kalut untuk berceramah tetapi telah ditahan Dato Seri. Ada seorang dua aktivis parti yang telah menempelak Zul, tetapi si siut ni memang jenis kulit b*b*. Dia buat dek muka toya macam Muhammad  Ali sahaja. Quack..quack..

Bebaru ini saya dengar khabar terjadi satu peristiwa yang melucukan setelah habis ceramah perdana yang dibuat di Stadium Mini Keladi Kulim. Sebaik habis jamuan makan, ada orang (rasanya Zulkipeliarq) bertanya DS, “Dato Seri kemana selepas ini?” sambil berseloroh Anwar menjawab, “kemana lagi? Aku kan Ahli Parlimen Permatang Pauh....  melawat kawasan la.....!!!”  begitu sekali sindiran tajam yang dibuat oleh Ketua Umum terhadap manusia mangkuk seperti  Zul......

Bab kedekut, memang dia nombor wahid. Apa salahnya dari elaun belasan ribu RM, sebahagian kecilnya diberi untuk kegunaan jentera bawah. Sudah la pejabat ditutup, setiap kali memohon sumbangan dari jentera (bukan selalu pun), dia akan menjawab sms bertaraf wali-wali yang makanannya hanya bertih jagung. Sentiasa minta ahli bawah berkorban jiwa raga yang diiringi dengan doa yang tentunya percuma sahaja. Seolah-olahnya  dia sendiri  bekerja tanpa elaun dengan mengharap redha Allah semata-mata. Bayangkan hati perut manusia sebegini yang dibantu orang kiri dan kanan (termasuk aku juga) semasa pilihanraya. Bawa mai kepala botak berketayap semata-mata dengan telor dua biji, ingatkan zuhud rupanya kedekut! Begitulah jati dirinya di Kulim. Apa salahnya kita berkorban balik sedikit membalas jasa orang bawah yang berhabisan semasa pilihanraya dulu ketika sudah berjawatan dan berelaun sakan?

Mungkin ada juga beberapa kerat Wakil Rakyat Pakatan Rakyat yang kedekut  lagi bakhil macam Zul. Namun kita ada beberapa orang yang baik seperti YB Manickavasagam, Tse Zim dan YB Kuala Ketil.

 Saya ada terdengar, sumber-sumber dari Padang Serai yang bercerita tentang kedekutnya YB Gobalakrishnan serta sikapnya yang sering mengena para aktivis parti dari sudut kewangan. Ada yang terkena sehingga RM10 ribu, ada yang beribu-ribu dan yang beratus-ratus ringgit. Kita mulanya tak percaya, tetapi selepas risikan yang dibuat rupa-rupanya ia satu yang benar-benar berlaku. Semua kerja haprak itu digunakan untuk menjungkit namanya sebagai unggulan dengan impaian menjadi Ketua Cabang. Antaranya ialah projek membina sebuah  rumah orang susah. Dia senang menggilap nama, tetapi aktivis yang membantunya menjadi susah merana.

Salah seorang aktivis namanya, Johary  Teh terkena RM10 ribu kerana membekalkan perabut rumah kepada pembantu pejabat YB Gobala untuk majlis kahwin atas arahannya. Setelah dua kali Johari bertanya tentang bayarannya YB Gobala asyik mengelak mengatakan tidak ada wang (tetapi mampu membeli rumah RM300 ribu dan berkereta Mercedes!!) sehingga sahabat ini terpaksa menutup bisnes perabutnya. Beberapa aktivis lain dari kaum Tionghua dan India turut terkena. Dahsyatnya YB Gobala dalam bab kedekut ini boleh dilihat dari contoh berikutnya.

Menurut pembawa cerita, YB Gobala telah buat-buat tak tahu mengelak semasa petugas pilihanraya dalam PRK Permatang Pauh meminta beliau belanja makan beberapa batang aiskrim. Sedangkan beliau mempamirkan sikap lagak hebat  kembang dada semasa turun dari kereta Mercedes Mata Belalang KCL 1111, tetapi berlagak macam lelaki sengket tahi hidung masin seluar bertampung apabila mengelak dari belanja beberapa puluh RM. Adoiih!

Lebih dahsyat lagi dalam satu kejadian apabila YB Gobala yang tidak mahu membayar harga makanan pemimpin tertinggi setempat parti kawan atas urusan dia sendiri dengan memberi alasan terlupa membawa dompet duit! Sedangkan orang pergi memotong getah pun bawa beg duit!! Kemuncaknya ialah apabila YB Gobal meminta sahabat tersebut membayar tiket parking keretanya yang bernilai RM1!!!!! Aparaaaaa........................................ QUACK!!

Anda juga mungkin mempunyai cerita serupa, tetapi masih cuba menutup dan melindungi. Bagi saya ia satu kerja bodoh dan sia-sia. Masih ingat pepatah kaum Kikuyu yang pernah ditulis oleh Dr. Nologareng dahulu? Orang yang selalu mencuci bontot kaldai satu hari pasti akan kena tendangannya. Walau apa pun kita tak kira jawatan, sila perhatikan senario yang sebegini. Kita mesti mempunyai deria rasa dan sensitiviti yang tinggi dan ampuh. Jika tidak, kesannya amat buruk bukan setakat mereka yang menjadi mangsa malahan juga kepada arus politik era baru yang cuba kita gapai. Inilah contoh pemimpin lahabau!

Saya rasa cukup setakat ini dahulu, nanti kita akan berkongsi lebih banyak cerita tentang keikhlasan, konsep Pakatan Rakyat, perpaduan serta halatuju yang kita mahu untuk Malaysia Baru.

InshaAllah.

18 Jan 2010

Ramalan IMF - ekonomi dunia bakal bermasaalah

clipped from news.bbc.co.uk


IMF head in 'double-dip' global economy warning

The International Monetary Fund head has warned that the global economy could experience another downturn - a so-called double dip recession.
Dominique Strauss-Kahn speaks at the IMF in Washington (15 November 2008)

Dominique Strauss-Kahn said countries should not exit from stimulus packages that have bolstered growth through huge amounts of government spending.

"We have to very cautious because this recovery remains very fragile," Mr Strauss-Kahn said.

He added that China and Asian economies are leading the recovery.

"Recovery in advanced economies has been sluggish," Mr Strauss-Kahn said. "The best indicator is private demand and employment."

"In most countries, growth is still supported by government policies. For as long as you do not have private demand strong enough to offset the need of public policy, you shouldn't exit."

He added that tackling high levels of government debt will be a priority for many governments.

He suggested that the IMF would raise its growth forecasts for this year.

 blog it

MYID

Kalau perkara ni dapat dilaksanakan memmang akan dapat memudahkan urusan di semua peringkat. Tak payah pakai banyak nombor lain atau pakai banyak kad lain.

Cuma perkataan MYID tu, kalau boleh gunalah istilah bahasa melayu. MYID tu dalam bahasa inggeris. DBDP boleh cipta isltilah bahasa melayu yang sesuai.
clipped from mstar.com.my

MYID Dilancar Hari Ini

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan MyID, inisiatif baru yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggaluntuk warganegara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensikerajaan.

Beliau berkata pelancaran inisiatif MyID itu sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan dan memudahkan semua pihak untuk berurusan dengan agensi kerajaan.

Katanya insiatif yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berpegang kepada konsep "1 Nombor Semua Urusan" yang akan menjadikan semua urusan dengan agensi kerajaan menjadi lebih mudah dan cepat.

"Langkah ini akan membantu rakyat di mana sahaja mereka berada untuk tujuan apa sekalipun, mereka dapat mengakses maklumat dan sebagainya, hanya mengingatkan nombor kad pengenalan.

 blog it

13 Jan 2010

Tahniah Untuk Ahli2 Majlis KEDAH Lantikan Terbaru.

Assalammualaikum.......Salam Jutaan Rakyat Malaysia.
 
Sebagai pembuka tirai tahun 2010 ini maka selesai sudah Majlis Angkat Sumpah Ahli2 Majlis Lantikan Politik Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Alhamdulillah selesai sudah majlis tersebut kelmarin. Dan mulai hari ini bertugaslah anda dengan seikhlas,tulus, berdedikasi dan penuh rasa tanggung jawab. Jangan lah selepas angkat sumpah ini rakyat bawahan menyumpah seranah anda kerna kelalaian dan tidak menjalankan amanah dengan baik. Dan utamanya jangan lah menjadikan jawatan tersebut sebagai batu loncatan untuk anda membuat dan membaham harta rakyat seperti ahli2 majlis Gerombolan BN. Jawatan disandang hanya untuk membuat duit dengan menyapu kontrak2 yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran itu sendiri seperti projek pembersihan kawasan dan kontrak pembinaan. Kerja hanya uintuk memperkayakan diri dan kroni sendiri disamping menggunakan dana untuk melancung menghabiskan kantong Majlis Perbandaran yang mana sememangnya dalam keadaan tenat. Puluhan ribu ringgit dibelanjakan hanya untuk memuaskan hati sendiri dengan lawatan ke Indonesia, China dan ke India. Faedahnya satu sen pun takada untuk kepentingan rakyat, Hanya melancung dan makan angin semata mata.

Tetapi syukurlah dalam 2 tahun kebalakangan ini selepas diambil alih oleh Pakatan Rakyat tak ada lagi kerja sia2 dan menghabiskan duit rakyat lagi dibuat. Janganlah ada cadangan sebegini lagi dibuat oleh Ahli Majlis Pakatan Rakyat. Walau ada juga rungutan dari Ahli Majlis dari Lantikan Ketua2 Jabatan Kerajaan Daerah tetapi terangilah kepada mereka tentang Polisi Kerajaan Pakatan Rakyat bahawa Pakatan Rakyat memang menentang pembaziran dan salah guna wang rakyat. Lagi pun mereka telah puas kesana kemari semasa Kerajaan dulu, Cukuplah........ Kalau mahu pun melancung maka melancunglah anda ke kawasan pelancungan dalam negara. Banyak tempat2 percutian menarik di Malaysia.Cuti2 Malaysia kata tema Kementerian Pelancungan Malaysia.
 
Dalam 2 tahun lalu banyaklah pengalaman dan gambaran tentang prestasi bagi setiap Ahli Majlis yang dilantik, ada pro dan kontranya, Ada yang disambung dan ada yang ditamatkan perlantikannya. Mungkin yang ditamatkan adalah yang tidak berapa baik prestasinya atau ada yang tak mahu lagi menyambung tugas kerana tidak tahan dengan bebanan tugas dengan elaun yang tak seberapa. Berbagai andaian dan prospektif dari kaca mata rakyat marhaen. Cuma jangan lah diberhentikan kerana tak sebulu dengan Adun Kawasan, Ketua Cabang atau YDP Kawasan. Maklumlah dalam politik berbagai perkara boleh berlaku tak kira dalam Pakatan Rakyat atau BN. Walaupun kerja cantas mencantas ini lebih pada Parti Gerobolan BN sendiri.

Rakyat atau ahli2 parti akan setuju jika Ahli Majlis yang tak disambung perkhidmatannya sentiasa hambar dan mandom semasa bertugas. Tak tahu apa bidang tugas sendiri dan sentiasa bertetangan dengan polisi Majlis Kerajaan Tempatan. Saya tidak mahu mengulas bagi Ahli Majlis Bandaran lain cuma ulasan saya untuk Majlis Perbandaran Kulim, MD Bandar Baharu dan KTPC. Semuanya terletak dalam Parlimen Padang Serai Dan Kulim Bandar Baharu.
 
Setelah Pakatan Rakyat menang maka berebutlah atau masing2 menonjolkan diri bahawa merekalah yang paling layak dilantik sebagai Ahli Majlis. Ada yang benar2 kerjabuat politik mereka bersama Pakatan Rakyat walau pun dalam situasi yang selalu kalah, Perjuang mereka tetap utuh dan sesi penerangan dan ceramah tetap diteruskan seolah tak akan menang selamanya. Rakyat tidak akan merungut jika ahli parti sebegini dilantik sebagai Ahli Majlis kerana umum tahu Ahli Majlis sekarang adalah lantikan Politik. Tetapi kebanyakan yang dilantik adalah kaki bodek dan muka2 yang menjelma setelah Pakatan Rakyat menang, Maka bodeklah mereka Adun2 yang menang setiap hari dengan menawarkan diri mereka cukup layak untuk dilantik sebagai Ahli Majlis. Ada yang menikus semasa peperangan pada PRU tetapi seperti harimau lapar setelah PR menang. Berbagai cara dan helah dilakukan agar berjaya menjadi Ahli Majlis.

Bagi Adun yang menang dan tidak mengenal asal usul mereka2 ini terus melantik sipolan ini kerana Adun ini juga bersal dari Luar. Maka berlakulah beberapa kontraversi dan karenah serta pecahlah tembelang mereka dalam 2 tahun perkhidmatan. Ada yang mengambil kesempatan dengan jawatan ini untuk menjual maruah dan harga diri. Bukan keluar agama kata mereka tetapi hanya keluar parti...tu dia aihhh mangkuk hayun sungguh songkok tinggi.......ada tiga lagi yang mengikut jejak langkahnya. Masih tidak membuang crown ahli majlis dikeretanya dan masih saban hari keluar akhbar Sinar Harian edisi utara bahagian Kulim dan Bandar Baharu..macam artis yang gila glamour. Elok lah sama dengan Adun Dia yang melompat katak. Ada yang nak tubuh PERKASA pulak......
 
Syukurlah segala duri dan onak telah dibuang dari jawatan dan bagi yang lemah tidak disambung lantikannya. Ada juga yang kononnya layak tapi tak terpilih masih melobi Pimpinan Negeri walaupun Majlis Angkat Sumpah sedang dijalankan..masih nakkan jawatan tersebut. Sudahlah bhai....jawatan MKK dah ada,laksanakan tugas tu dahulu. Hang tak terpilih dan sememangnya hang tak layak dan jangan lah terperasan. Kuatkan dulu semangat perjuangan dan laksanakan tugas untuk parti dahulu, Orang tau hang selepas menang aje baru buat2 kalut. Hemoi sana hemoi sini. Kadang2 seronok juga jadi REFORMIS. Berjuang menentang kezaliman dan salah guna kuasa Gerombolan tanpa mengidamkan jawatan. Tak penting semuanya yang penting Gerombolan UBN Tumbang. Biar bermandi hujan asid dan meghidu asap gas. Perjuangan untuk rakyat diteruskan sehingga keadilan dan kebebasan bersuara ditegakkan di bumi tercinta.
 
Bagi yang telah mengangkat sumpah laksanakan tanggung jawab anda seperti yang diamanahkan. Jangan biarkan rakyat menyumpah dan seranah hampa dan ingatlah kesinambungan dan hayat Kerajaan Pakatan Rakyat juga terletak ditangan hampa, kalau kerjabuat anda menghampakan rakyat maka akan tumbanglah Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah ini. Berat tugasan anda bhai.......jangan ingat mau glamour sahaja. Dua tahun inilah anda wajib berkhidamat untuk rakyat dengan cara terbaik kerana mungkin sesi terakhir bagi penggal ini kerana Pilihan Raya Umum bakal menyusul. Kalau prestasi anda tidak memuaskan maka Kerajaan Pakatan Rakyatlah yang akan dihukum semasa Pilihan raya Umum kelak disamping Pentadbiran Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri. Ingatlah Ahli Majlislah yang paling hampir dengan Rakyat.........Pada yang tidak dipilih teruskan kerja buat untuk Parti masing2 dan yang dipecat kerana mengkianati parti selamat berambus dan masuklah PERKASA hang bersama dengan Adunnya sekali.Jangan lupa ajak Zamil sekali.Tunggulah rakyat akan menghukum kamu nanti.....
 
 
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
 
 
Jin Brabus


12 Jan 2010

Harga gula perlu dinaikkan lagi.


 
Harga gula di Mesia ni perlu dinaikkan lagi. Bukan apa, demi menjamin taraf kesihatan rakyat Mesia di tahap yang memuaskan.

Dalam dunia ni, Mesia la paling ramai orang kena kencing manis, tu PM yang kata. Dengan harga gula yang mahal, masaalah obesiti tahap melampau akan dapat dibendung.

Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Bila?

Sebelum menang PRU12 dulu, Pakatan Rakyat kata kalau menang depa nak buat pilihanraya di peringkat kerajaan tempatan.

Dah menang lima negeri, tolak satu, la ni ada empat negeri. Tak dengaq pula cerita pasal pilihanraya kerajaan tempatan ni.

Tak kan nak tunggu dekat dengan PRU13 nanti, rakyat ungkit balik isu ni, baru mula nak gelabah.

Tengok ni, sekolah rendah pun buat pilihan raya. SPR pi tolong pulak tu. Tak kan pilihan raya kerajaan tempatan SPR tak mau tolong. Depa perli Pakatan Rakyat la tu gamaknya.

clipped from www.bharian.com.my

SPR pantau pilihan raya ketua murid



MURID Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur, Aimi Sarafana Balqis membuang undi pada pilihan raya pemilihan ketua murid, semalam.
KUALA LUMPUR: Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (SKTTDI1) di sini mencipta sejarah apabila pemilihan ketua muridnya semalam dikendali dan dipantau sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan.
Pemilihan yang menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan murid Tahun Enam, meriah dengan semua calon serta penyokong masing-masing berkempen pada saat akhir bagi meraih undi sebelum pengundian bermula jam 11 pagi dan berakhir 1 tengah hari.
Pada pemilihan itu, Khairul Azli Khairul Razi diumumkan sebagai pemenang dengan memperoleh 365 undi, mengalahkan pencabar terdekatnya, Alia Suraya Ahmad yang mendapat 281 undi, sekali gus dilantik penolong ketua murid.

blog it

Ni progrem apa pulak dah??

Ni progrem menatang apa ni? Bajet RM100juta nak buat kerja macam ni saja ka. Baik hentikan saja la. Banyak lagi kerja berfaedah yang boleh di buat.

Di Sarawak jalan masuk kampong pun tak dak lagi. RM100juta boleh buat jalan raya 100 kilometer, janji tak dak rasuah. Kalau ada rasuah RM100juta cuma boleh buat jalan sejauh 20 kilometer saja.

PRU13 ni orang Sarawak jangan la dok undi BN lagi. Minyak dan balak Sarawak pemimpin BN yang sapu, rakyat dibiar terus jadi sakai.

Duit bajet kerajaan pusat buat progrem haram jadah.
clipped from utusan.com.my

86 kanak-kanak terpilih sertai Permata Seni Koir dan Muzik


Rosmah Mansor dan Rais Yatim melaungkan 1Malaysia semasa Majlis Pelancaran Permata Seni di Pusat Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 11 Jan. - Seramai 86 kanak-kanak dari seluruh negara terpilih menyertai Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata) Seni Koir dan Seni Muzik.
Daripada jumlah itu, 51 terpilih menyertai Permata Seni Koir, manakala selebihnya menyertai Permata Seni Muzik yang merupakan kerjasama antara Pusat Permata Negara serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Isteri Perdana Menteri yang juga Penaung Permata, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, melalui kerjasama itu, kedua-dua agensi bersama-sama bergabung tenaga menyerlahkan lagi potensi kanak-kanak negara ini dalam kedua-dua cabang muzik itu.

blog it

Buaya di Port Dickson

http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=458663&extra=page%3D1&page=1

Mandi di pantai PD sekarang ni kurang selamat, ada orang dah kena gigit buaya. Salah sekor kawan buaya N9 ni sekarang berada di Putrajaya. Dapat bajet 2010 sebanyak 100juta, buat progrem Permata Hati la, Permata Seni la, hinggakan kerajaan Mesia tak cukup duit, terpaksa potong bajet Kementerian Pelajaran.

Pelajar yang dudok asrama, hujung minggu tak dak makan, semua kena balik makan dirumah. Bil letrik dan air sekolah kena tanggung sendiri.

Kalau nak selamat masa mandi di PD, kita kena tangkap buaya yang gigit kaki kawan kita ni, lapah kulit jual kat kedai buat beg tangan.

Kalau kita nak selamat hidup di Mesia ni kita kena tangkap buaya kat Putrajaya tu, hantaq pi Mongolia, tangok depa nak buat apa denga kulit dia ni.
clipped from mforum3.cari.com.my




blog it

11 Jan 2010

Hishamuddin Aw Aw suruh pembangkang bertaubat.


Setelah UMNO terperangkap dengan lakonan yang tak menjadi, Menteri Dalam Negeri menyeru supaya pembangkang bertaubat?

Kesian UMNO, harapkan dapat simpati dari PAS dalam isu kalimah ALLAH, sebalikya menjadi onak tajam menikam UMNO.

Rakyat bukannya bodoh, hatta orang kampong bukan bukannya bodoh sebagaimana yang disangka UMNO. Hanya yang bodoh-bodoh saja yang masih sokong UMNO.
clipped from utusan.com.my
HULU SELANGOR 10 Jan. - Pembangkang diminta supaya bertaubat kerana sanggup memperjudikan kestabilan dan kemerdekaan negara dengan menjadikan isu kalimah Allah serta kejadian serangan ke atas gereja sebagai modal meraih sokongan politik walaupun sedar perkara itu boleh menyemarakkan api perkauman.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan pembangkang mengeskploitasikan isu itu sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh meruntuhkan keharmonian dan kestabilan yang dinikmati sejak merdeka.
"Kalau pun hendak berpolitik, berpolitiklah dengan cara bertanggungjawab dan bukannya mengeksploitasi isu sensitif seperti ini. Saya menyeru kepada mereka (pembangkang) bertaubatlah kerana kesan daripada perbuatan ini sangat besar.
"Menuding jari mengatakan UMNO yang sengaja menimbulkan isu adalah satu tuduhan jahat kerana adalah tidak masuk akal kita hendak menghancurkan kestabilan yang telah dibina sekian lama oleh kerajaan," katanya.

blog it