Pusat Khidmat ini tak ada sign board atau papan tanda. Kalau salah seorang ahli majlis tak tunjuk kat aku unit kedai ni, aku pun tak tahu disinilah pusat khidmat ahli parlimen yang glamour tu. Ingat ka rumah bela burung.
Lama dah tak pernah nampak muka dia di Kulim. Dok sibok dengan agenda diri sendiri, berulang alik antara KL dan Dubai saja. Tiba-tiba dalam posting dia dalam blog kelmarin 27.01.2010 seolah-olah macam dia ada di Kulim. Kalau nak baca klik sinii: ZulEmpatKulim
Dia ni memang pandai berlakon. Nak lari dari isu saman Khalid Samad, dia buat poting pasai masaalah sampah dalam bandaran Kulim. Bukan ni kali pertama, dulu pun pernah keluar berita dalam Sinar berkenaan aktiviti dia di Kulim. ingat ka berita betul, rupanya dia email saja cerita kat Sinar. Muka tak nampak pun di Kulim, tapi dari cerita yang ditulis seolah-olah dia ada di Kulim.
Dia tadbir Kulim Bandar Baru ni pakai Blackberry saja. Tak payah ada dalam kawasan, semua dijamin beres.