13 Jan 2010

Tahniah Untuk Ahli2 Majlis KEDAH Lantikan Terbaru.

Assalammualaikum.......Salam Jutaan Rakyat Malaysia.
 
Sebagai pembuka tirai tahun 2010 ini maka selesai sudah Majlis Angkat Sumpah Ahli2 Majlis Lantikan Politik Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Alhamdulillah selesai sudah majlis tersebut kelmarin. Dan mulai hari ini bertugaslah anda dengan seikhlas,tulus, berdedikasi dan penuh rasa tanggung jawab. Jangan lah selepas angkat sumpah ini rakyat bawahan menyumpah seranah anda kerna kelalaian dan tidak menjalankan amanah dengan baik. Dan utamanya jangan lah menjadikan jawatan tersebut sebagai batu loncatan untuk anda membuat dan membaham harta rakyat seperti ahli2 majlis Gerombolan BN. Jawatan disandang hanya untuk membuat duit dengan menyapu kontrak2 yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran itu sendiri seperti projek pembersihan kawasan dan kontrak pembinaan. Kerja hanya uintuk memperkayakan diri dan kroni sendiri disamping menggunakan dana untuk melancung menghabiskan kantong Majlis Perbandaran yang mana sememangnya dalam keadaan tenat. Puluhan ribu ringgit dibelanjakan hanya untuk memuaskan hati sendiri dengan lawatan ke Indonesia, China dan ke India. Faedahnya satu sen pun takada untuk kepentingan rakyat, Hanya melancung dan makan angin semata mata.

Tetapi syukurlah dalam 2 tahun kebalakangan ini selepas diambil alih oleh Pakatan Rakyat tak ada lagi kerja sia2 dan menghabiskan duit rakyat lagi dibuat. Janganlah ada cadangan sebegini lagi dibuat oleh Ahli Majlis Pakatan Rakyat. Walau ada juga rungutan dari Ahli Majlis dari Lantikan Ketua2 Jabatan Kerajaan Daerah tetapi terangilah kepada mereka tentang Polisi Kerajaan Pakatan Rakyat bahawa Pakatan Rakyat memang menentang pembaziran dan salah guna wang rakyat. Lagi pun mereka telah puas kesana kemari semasa Kerajaan dulu, Cukuplah........ Kalau mahu pun melancung maka melancunglah anda ke kawasan pelancungan dalam negara. Banyak tempat2 percutian menarik di Malaysia.Cuti2 Malaysia kata tema Kementerian Pelancungan Malaysia.
 
Dalam 2 tahun lalu banyaklah pengalaman dan gambaran tentang prestasi bagi setiap Ahli Majlis yang dilantik, ada pro dan kontranya, Ada yang disambung dan ada yang ditamatkan perlantikannya. Mungkin yang ditamatkan adalah yang tidak berapa baik prestasinya atau ada yang tak mahu lagi menyambung tugas kerana tidak tahan dengan bebanan tugas dengan elaun yang tak seberapa. Berbagai andaian dan prospektif dari kaca mata rakyat marhaen. Cuma jangan lah diberhentikan kerana tak sebulu dengan Adun Kawasan, Ketua Cabang atau YDP Kawasan. Maklumlah dalam politik berbagai perkara boleh berlaku tak kira dalam Pakatan Rakyat atau BN. Walaupun kerja cantas mencantas ini lebih pada Parti Gerobolan BN sendiri.

Rakyat atau ahli2 parti akan setuju jika Ahli Majlis yang tak disambung perkhidmatannya sentiasa hambar dan mandom semasa bertugas. Tak tahu apa bidang tugas sendiri dan sentiasa bertetangan dengan polisi Majlis Kerajaan Tempatan. Saya tidak mahu mengulas bagi Ahli Majlis Bandaran lain cuma ulasan saya untuk Majlis Perbandaran Kulim, MD Bandar Baharu dan KTPC. Semuanya terletak dalam Parlimen Padang Serai Dan Kulim Bandar Baharu.
 
Setelah Pakatan Rakyat menang maka berebutlah atau masing2 menonjolkan diri bahawa merekalah yang paling layak dilantik sebagai Ahli Majlis. Ada yang benar2 kerjabuat politik mereka bersama Pakatan Rakyat walau pun dalam situasi yang selalu kalah, Perjuang mereka tetap utuh dan sesi penerangan dan ceramah tetap diteruskan seolah tak akan menang selamanya. Rakyat tidak akan merungut jika ahli parti sebegini dilantik sebagai Ahli Majlis kerana umum tahu Ahli Majlis sekarang adalah lantikan Politik. Tetapi kebanyakan yang dilantik adalah kaki bodek dan muka2 yang menjelma setelah Pakatan Rakyat menang, Maka bodeklah mereka Adun2 yang menang setiap hari dengan menawarkan diri mereka cukup layak untuk dilantik sebagai Ahli Majlis. Ada yang menikus semasa peperangan pada PRU tetapi seperti harimau lapar setelah PR menang. Berbagai cara dan helah dilakukan agar berjaya menjadi Ahli Majlis.

Bagi Adun yang menang dan tidak mengenal asal usul mereka2 ini terus melantik sipolan ini kerana Adun ini juga bersal dari Luar. Maka berlakulah beberapa kontraversi dan karenah serta pecahlah tembelang mereka dalam 2 tahun perkhidmatan. Ada yang mengambil kesempatan dengan jawatan ini untuk menjual maruah dan harga diri. Bukan keluar agama kata mereka tetapi hanya keluar parti...tu dia aihhh mangkuk hayun sungguh songkok tinggi.......ada tiga lagi yang mengikut jejak langkahnya. Masih tidak membuang crown ahli majlis dikeretanya dan masih saban hari keluar akhbar Sinar Harian edisi utara bahagian Kulim dan Bandar Baharu..macam artis yang gila glamour. Elok lah sama dengan Adun Dia yang melompat katak. Ada yang nak tubuh PERKASA pulak......
 
Syukurlah segala duri dan onak telah dibuang dari jawatan dan bagi yang lemah tidak disambung lantikannya. Ada juga yang kononnya layak tapi tak terpilih masih melobi Pimpinan Negeri walaupun Majlis Angkat Sumpah sedang dijalankan..masih nakkan jawatan tersebut. Sudahlah bhai....jawatan MKK dah ada,laksanakan tugas tu dahulu. Hang tak terpilih dan sememangnya hang tak layak dan jangan lah terperasan. Kuatkan dulu semangat perjuangan dan laksanakan tugas untuk parti dahulu, Orang tau hang selepas menang aje baru buat2 kalut. Hemoi sana hemoi sini. Kadang2 seronok juga jadi REFORMIS. Berjuang menentang kezaliman dan salah guna kuasa Gerombolan tanpa mengidamkan jawatan. Tak penting semuanya yang penting Gerombolan UBN Tumbang. Biar bermandi hujan asid dan meghidu asap gas. Perjuangan untuk rakyat diteruskan sehingga keadilan dan kebebasan bersuara ditegakkan di bumi tercinta.
 
Bagi yang telah mengangkat sumpah laksanakan tanggung jawab anda seperti yang diamanahkan. Jangan biarkan rakyat menyumpah dan seranah hampa dan ingatlah kesinambungan dan hayat Kerajaan Pakatan Rakyat juga terletak ditangan hampa, kalau kerjabuat anda menghampakan rakyat maka akan tumbanglah Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah ini. Berat tugasan anda bhai.......jangan ingat mau glamour sahaja. Dua tahun inilah anda wajib berkhidamat untuk rakyat dengan cara terbaik kerana mungkin sesi terakhir bagi penggal ini kerana Pilihan Raya Umum bakal menyusul. Kalau prestasi anda tidak memuaskan maka Kerajaan Pakatan Rakyatlah yang akan dihukum semasa Pilihan raya Umum kelak disamping Pentadbiran Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri. Ingatlah Ahli Majlislah yang paling hampir dengan Rakyat.........Pada yang tidak dipilih teruskan kerja buat untuk Parti masing2 dan yang dipecat kerana mengkianati parti selamat berambus dan masuklah PERKASA hang bersama dengan Adunnya sekali.Jangan lupa ajak Zamil sekali.Tunggulah rakyat akan menghukum kamu nanti.....
 
 
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
 
 
Jin Brabus