11 Jan 2010

Hishamuddin Aw Aw suruh pembangkang bertaubat.


Setelah UMNO terperangkap dengan lakonan yang tak menjadi, Menteri Dalam Negeri menyeru supaya pembangkang bertaubat?

Kesian UMNO, harapkan dapat simpati dari PAS dalam isu kalimah ALLAH, sebalikya menjadi onak tajam menikam UMNO.

Rakyat bukannya bodoh, hatta orang kampong bukan bukannya bodoh sebagaimana yang disangka UMNO. Hanya yang bodoh-bodoh saja yang masih sokong UMNO.
clipped from utusan.com.my
HULU SELANGOR 10 Jan. - Pembangkang diminta supaya bertaubat kerana sanggup memperjudikan kestabilan dan kemerdekaan negara dengan menjadikan isu kalimah Allah serta kejadian serangan ke atas gereja sebagai modal meraih sokongan politik walaupun sedar perkara itu boleh menyemarakkan api perkauman.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan pembangkang mengeskploitasikan isu itu sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh meruntuhkan keharmonian dan kestabilan yang dinikmati sejak merdeka.
"Kalau pun hendak berpolitik, berpolitiklah dengan cara bertanggungjawab dan bukannya mengeksploitasi isu sensitif seperti ini. Saya menyeru kepada mereka (pembangkang) bertaubatlah kerana kesan daripada perbuatan ini sangat besar.
"Menuding jari mengatakan UMNO yang sengaja menimbulkan isu adalah satu tuduhan jahat kerana adalah tidak masuk akal kita hendak menghancurkan kestabilan yang telah dibina sekian lama oleh kerajaan," katanya.

blog it