28 Jan 2010

Zul Empat Kulim

Elok la tu Zul kalau nak join UMNO, tumpang dok laku, Demand la tiga empat juta. Esok time dah tak laku melepas saja tak dapat apa.

Perangai ketegag macam hang memang sesuai masuk UMNO, tak sesuai dudok dalam Pakatan Rakyat.
UMNO sedia membuka pintu untuk Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyertai parti itu sekiranya beliau dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pendiriannya tentang penggunaan kalimah Allah.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, UMNO bersifat terbuka mengenai perkara tersebut selagi beliau boleh menerima asas dan matlamat perjuangan parti itu yang cukup jelas iaitu untuk menegakkan dan mempertahankan Islam.
“Pada masa sama, UMNO mempunyai kerukunan hidup rakyat Malaysia dan tidak ekstrem, lebih mengutamakan permuafakatan dan mengutamakan keadilan kepada semua pihak.
“Oleh itu, kita terbuka sekiranya Zulkifli ada hasrat untuk menyertai UMNO dan kita mengalu-alukannya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke projek pembinaan asrama terbengkalai Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (SMKKKB) di sini semalam.
Mohd Puad berkata, UMNO tidak mengambil kesempatan atas kecelaruan berlaku terhadap parti itu ketika ini.
 blog it