18 Jan 2010

MYID

Kalau perkara ni dapat dilaksanakan memmang akan dapat memudahkan urusan di semua peringkat. Tak payah pakai banyak nombor lain atau pakai banyak kad lain.

Cuma perkataan MYID tu, kalau boleh gunalah istilah bahasa melayu. MYID tu dalam bahasa inggeris. DBDP boleh cipta isltilah bahasa melayu yang sesuai.
clipped from mstar.com.my

MYID Dilancar Hari Ini

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan MyID, inisiatif baru yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggaluntuk warganegara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensikerajaan.

Beliau berkata pelancaran inisiatif MyID itu sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan dan memudahkan semua pihak untuk berurusan dengan agensi kerajaan.

Katanya insiatif yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berpegang kepada konsep "1 Nombor Semua Urusan" yang akan menjadikan semua urusan dengan agensi kerajaan menjadi lebih mudah dan cepat.

"Langkah ini akan membantu rakyat di mana sahaja mereka berada untuk tujuan apa sekalipun, mereka dapat mengakses maklumat dan sebagainya, hanya mengingatkan nombor kad pengenalan.

 blog it