11 Jan 2010

Nyahkan YB yang seorang ini!!

Petikkan dari blog Mother of 3 Mohd

Sudah hampir seminggu tak berpeluang untuk menziarah blog rakan-rakan di alam maya kerana kesibukan tugas harian dan otak kepenatan kerana memikirkan pelbagai hal.

Pagi ini apabila aku membuka dan membaca posting-posting baru dan lama dalam blog wartamaya, aku seolah-olah terpanggil untuk menulis posting ini. Ia ada kaitan dengan tajuk satu posting bertajuk Khalid bersama DAP atau Zulkifli bersama UMNO?

Dulu pada tahun 1998, semasa Anwar dipecat daripada jawatan TPM dan diaibkan dan dizalimi dengan tuduhan-tuduhan tak masuk akal... nama Zulkifli Nordin meletup. Sikap dan pendirian dia dalam kes konspirasi menjatuhkan Anwar sangat aku kagumi. Sejak itu, aku respek habis pada mamat ni.

Tapi kini.... pandangan dan perasaan aku terhadap dia mula berubah. Sejak menjadi YB PKR/Pakatan Rakyat, dia aku anggap sebagai satu liabiliti. Ini kerana, tindak-tanduknya yang 'terover' terhadap isu-isu yang ada kaitan dengan Islam. Masalahnya, segala isu-isu ini boleh diselesai dan dibincangkan dengan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat. Mengapa perlu dikecoh-kecohkan sehingga dimainkan dan disensasikan oleh akhbar-akhbar arus perdana?

Semua itu boleh merugikan kita dan memberi persepsi yang negatif terhadap PKR, parti yang diwakilinya serta Pakatan Rakyat. Sebab itu, aku kata dia sudah menjadi liabiliti kepada PKR/Pakatan Rakyat.

Memang itu hak demokratik dia sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk bersuara mempertahankan hal-hal yang menyentuh Islam. Tetapi sebagai seorang anggota parti, dia juga ada tanggung jawab terhadap parti. Kalau dia, MP bebas... lantak pi hanglah.

Mempertahankan martabat Islam adalah kewajipan tetapi biarlah berhemah. Bukan apa... janganlah bertindak seolah-olah tidak siapa lagilah yang tersangat kuat semangat keislamannya. Tak siapalah yang lebih islamik. Dia seolah-olah sudah terlalu riak. Semangat cintakan Islam boleh... tak salah. Siapa tak sayang agama weh... Nak memperjuangkan martabat Islam juga kena ada strategi terutama dalam negara seperti Malaysia. Tidak boleh membabi buta!!

Berjuang secara solo... lone ranger, pasti tak menjadi punya. So, ramai yang menyertai persatuan atau pertubuhan... tak kiralah NGO atau parti politik. Bersatu... kita lebih teguh!!

Oleh demikian, apabila kita menyertai parti politik, kita mesti bertindak ikut dasar dan aspirasi parti yang kita wakili. Ini kerana... segala tindak tanduk kita akan mencerminkan parti. Ia juga akan memberi pelbagai persepsi kepada parti dan gagasan yang kita sertai. Kalau kita bertindak banggang, maka imej pasti rosak. Orang akan mempunyai persepsi negatif terhadap parti. Dan... ia boleh mencacatkan strategi dan merugikan parti.

Lantaran itu, kita mesti bersedia akur dengan dasar parti, maupun dalam hal-hal berkaitan dengan agama Islam. Ia mesti dibuat melalui saluran parti. Bertindak secara individu atau solo akan membuatkan tindakan kita seolah-olah sumbang... tak kena gaya. Sedangkan, segala permasalahan boleh dirundingkan dan diselesaikan dengan semangat setiakawan dalam pakatan yang kita sertai.

Namun... kalau rasa diri kita sudah tak boleh terima dan tak boleh sesuai lagi dengan dasar dan aspirasi parti, sebagai seorang individu yang bertanggung jawab, letak jawatan dan keluar.... dari parti dan sebagai MP.

Kita mesti sedar.... di Malaysia Bolehland, tidak banyak perubahan yang boleh kita lakukan, selagi kita tidak ada kuasa politik. Sebab itu, kita mesti rentap kuasa politik itu daripada UMNO/BN. Untuk tujuan itu, kita mesti ada strategi. Penubuhan Pakatan Rakyat merupakan satu strategi. Aha... strategi yang sudah menampakkan hasilnya. Peluang kita untuk mendapatkan kuasa daripada UMNO/BN sudah menampakkan laluannya. Jadi, mengapa kita perlu mempersiakkannya pulak?

Apa yang memelikkan kita ialah tindak tanduk YB Zulkifli Nordin. Sejak dua menjak ni, banyak kerenah YB Zulkifli yang dilihat merugikan PKR/Pakatan Rakyat dan ini memjejaskan peluang kita untuk menuju Putrajaya. Aku bersetuju dengan kengkawan lain yang berpandangan YB Zul tidak ada semangat setiakawan. Dia sering bertindak ikut kepala sendiri tanpa mempedulikan imej parti yang dianggotainya. Satu tindakan yang tak rasional.

Bagi Pakatan Rakyat yang berhasrat menguasai politik Malaysia, perjalanan ke Putrajaya pasti akan menjadi perlahan selagi ia sarat dengan liabiliti dan bebanan. Oleh itu, mana-mana individu yang jelas lagi nyata menjadi liabiliti dan bebanan yang boleh menjejaskan peluang untuk menguasai Putrajaya.... mesti dinyahkan. Nyahkan mereka!!! Don't worry.... akar umbi no hal punyer. Mereka pun dah getik dengan kerenah tak semiak pihak yang menjadi bebenan ini, baik dalam PKR, PAS mau pun DAP. Dalam PRU13 nanti... harapan kami, mereka tak wujud lagi dalam senarai calon Pakatan Rakyat.

Dan... apa jawapan aku bagi soalan, sama ada Khalid bersama DAP atau Zulkifli bersama UMNO?

Well... aku akan pastinya berkata... Zulkifli bersama UMNO!! Bermentaliti dan bertindak sebijik macam UMNO. Dalam berpolitik.... aku rasa YB Khalid Samad lebih matang dan lebih bijak.
Mengapa??

Sebab, pada aku... dia tahu misi dan dia tahu strategi dan tindak-tanduknya tidak lari dari kedua-duanya. Besides lain-lain sikap positifnya, dia aku lihat lebih rasional dalam tindak tanduknya mengharungi pelbagai permasalahan bagi memenuhi cita-cita dalam perjuangannya untuk melihat sebuah negara pelbagai kaum yang lebih adil dan sejahtera selaras dengan Islam.