12 Jan 2010

Ni progrem apa pulak dah??

Ni progrem menatang apa ni? Bajet RM100juta nak buat kerja macam ni saja ka. Baik hentikan saja la. Banyak lagi kerja berfaedah yang boleh di buat.

Di Sarawak jalan masuk kampong pun tak dak lagi. RM100juta boleh buat jalan raya 100 kilometer, janji tak dak rasuah. Kalau ada rasuah RM100juta cuma boleh buat jalan sejauh 20 kilometer saja.

PRU13 ni orang Sarawak jangan la dok undi BN lagi. Minyak dan balak Sarawak pemimpin BN yang sapu, rakyat dibiar terus jadi sakai.

Duit bajet kerajaan pusat buat progrem haram jadah.
clipped from utusan.com.my

86 kanak-kanak terpilih sertai Permata Seni Koir dan Muzik


Rosmah Mansor dan Rais Yatim melaungkan 1Malaysia semasa Majlis Pelancaran Permata Seni di Pusat Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 11 Jan. - Seramai 86 kanak-kanak dari seluruh negara terpilih menyertai Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata) Seni Koir dan Seni Muzik.
Daripada jumlah itu, 51 terpilih menyertai Permata Seni Koir, manakala selebihnya menyertai Permata Seni Muzik yang merupakan kerjasama antara Pusat Permata Negara serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Isteri Perdana Menteri yang juga Penaung Permata, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, melalui kerjasama itu, kedua-dua agensi bersama-sama bergabung tenaga menyerlahkan lagi potensi kanak-kanak negara ini dalam kedua-dua cabang muzik itu.

blog it