4 Sept 2009

ADUN Bagan Pinang N9, meninggal


Nasib la wakil rakyat kalau mati. Dengar saja wakil rakyat meninggal, perkara pertama orang akan fikir ialah "Pilihan Raya Kecil".

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati menigalakan tulang, wakil rakyat mati meninggalkan PRK.

SPR tak nak isytihar kerusi Bagan Pinang kekal milik BN?, alasannya wakil rakyat meninggal secara tidak sengaja.SPR kan pakar dalam putar belit fakta.

Basib la BN, PRK ni bukan dalam bulan puasa, kalau tak sure BN kena lagi satu gol mudah.

Bagan Pinang akan jadi "anak emas" kerajaan persekutuan. Slogan kitar semula yang di gunakan di Manek Urai dan Permatang Pasir akan di pakai di Bagan Pinang pula. BN ni bukan nya ada idea sangat. 1Malaysia pun ciplak dari 1Israel. Negara Ku pula ciplak dari Mamola Moon.

Nota:
Peratus pecahan kaum dalam carta sebelah banding yang di catatoelh Idham Lim kat bawah tak sama. Tak tahu yang mana tepat.
ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).


blog it
Reblog this post [with Zemanta]