KIMMA dan Makkal Sakhti nak masuk BN bergantung kepada kebijaksanaan Najib. Kalau Najib ta
Image via Wikipedia
k bijak dua parti ni tak boleh masuk BN, IPF macam mana pulak?
Sebenarnya Najib memang bijak atur komisyen Kapal Selam, jet Shukkoi dan Rosmah pula bijak atur beli bas untuk
PLKN. Cara macam mana nak guna C4 pun depa dua ni bijak juga.
Terserah kebijaksanaan PM
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) berpendapat, terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk memastikan MIC dapat menerima penyertaan Makkal Sakhti dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) sebagai anggota baru BN.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebijaksanaan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN amat perlu kerana mengikut peraturan, semua parti komponen perlu bersetuju sebelum menerima keanggotaan baru.
''Saya tidak fikir MIC secara mudah dapat menerima kemasukan parti Makkal Sakhti dan Kimma kerana kedua-duanya turut mewakili kaum India.
Bagi Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, beliau melihat cadangan itu sebagai satu lagi strategi memantapkan BN untuk jangka panjang.
Tambahnya, penerimaan parti baru di dalam komponen BN akan memberikan kelebihan kepada kaum India.
|