2 Sept 2009

Bekas Imam Islam HadHari dilantik jadi Pengerusi IKIM

clipped from utusan.com.my

Tun Abdullah terima tugas Pengerusi IKIM

KUALA LUMPUR 2 Sept — Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) daripada penyandangnya Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Majlis penerimaan tugas itu disempurnakan dengan kedua-dua tokoh itu menandatangani dokumen penyerahan tugas di pejabat pengerusi di bangunan IKIM di sini.

Abdullah, yang merupakan lulusan Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Malaya, berkata beliau akan terus berpegang kepada prinsipnya dalam melaksanakan setiap tugas di institut itu nanti.

Abdullah merupakan Pengerusi IKIM yang kedua selepas Ahmad Sarji yang telah memegang jawatan itu sejak penubuhan IKIM 17 tahun lalu.

Pelantikan Abdullah sebagai Pengerusi IKIM berkuatkuasa semalam.


blog it
Reblog this post [with Zemanta]