20 Sept 2009

Sedikit sumbangan dari Ust Hassan Razak.






Junjong, 19 Sept 2009 (Jumaat)

Ustaz Hassan Razak, pegawai khas kepada menteri besar Kedah telah menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin dan orang kurang upaya selepas solat Jumaat di masjid AnNur, Junjong.

Ustaz Hassan Razak adalah YDP PAS kawasan Kulim / Bandar Baharu. Beliau sangat konsisten dalam kerja amal, terutama di kawasan Kulim Bandar Baharu. Walaupun tidak memegang sebarang jawatan samaada ADUN atau Ahli Parlimen, beliau tetap perihatin keatas nasib rakyat yang kurang bernasib baik.

Walau pun sumbangan yang diberikan kecil nilai kewangannya tetapi memberi erti yang besar kepada penerima menjelang syawal yang bakal menjelma.

Sebelum majlis ini, Ustaz Hassan Razak telah berkhutbah Jumaat menyampaikan nasihat yang sangat berguna kepada semua sidang Jumaat.
Reblog this post [with Zemanta]