17 Sep 2009

Zaman Salam Digital

Tiap hari, dari pagi sampai malam, sampai pagi pulak, la ni kita dok dengar radio dengan tv dok bagi salam bunyi dia "Salam 1Malaysia". Jenis salam baru. Ada nombor kat dalam salam tu. Salam yang macam ni dapat pahala ke dak pun tau. Kena tanya Harus Sana Harus Sini gamaknya.

Ada satu lagi salam digital kalau hampa nak tau. Salam digital ni wujud sebelum salam 1malaysia lagi. Salam dia bunyi macam ni. "Salam2All".

Kalau hampa tak percaya cuba buka http://zul4kulim.blogspot.com

Setiap posting dalam blog tu dimulakan dengan salam digital jenis tu. Boleh jadi salam tu selalu dihantar melalui Blackberry, so kalau salam digital ni senang la agaknya henfon tu nak proses.

Kalau pi Dubai, pakai salam digital " salam2all" ni agaknya pak arab sana faham dak? Tah ka kena sekeh kepala hampa tu.....