HALANG...Anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menghalang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada memasuki kawasan bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) Ipoh, hari ini.--fotoTHE STAR oleh Saiful Bahri
IPOH: Pakatan Rakyat akhirnya mengadakan 'sidang' Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang mereka di bilik majlis sebuah hotel, di sini selepas gagal memasuki bangunan Setiausaha Kerjaan Negeri (SUK) yang menempatkan dewan persidangan DUN pagi tadi. Mesyuarat bermula pukul 11.45 pagi dan dipengerusikan oleh V. Sivakumar. Pihak polis semalam memperoleh perintah mahkamah yang melarang orang ramai daripada berada dalam lingkungan 30 meter dari pagar bangunan SUK.