28 Sept 2009

YB Lunas, Gobala di tahan lagi.


28 Sept. 2009

Selepas minta seluar dan talipinggangnya di pulangkan oleh polis, Gobala kena tahan oleh polis dan di bawa ke balai polis PERDA. Gobala kemudian di bawa ke balai polis Tapah untuk di dihadapkan ke mahkamah Tanah Rata esok.

Ikut cakap-cakap dari geng polis, Gobala ada kemungkinan akan sangkut salah satu kes polis. Sebenarnya Gobala ni banyak kes polis yang menunggu. Kalau sangkut salah satu, kemungkinan Parlimen Padang Serai akan kena buat Pilihanraya Kecil pulak.

Polis yakin Gobala akan sangkut. Sama-sama kita tengok.

Hari ni juga kes Mat Sabu berjalan di Mahkamah Jawi, Seberang Perai Selatan. Belum ada khabar berita lagi.
clipped from mstar.com.my

Majistret Mohd Azhar Hamzah menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya mengkaji permohonan peguam Gobalakrishnan, JM Martin untuk mendapatkan kembali pakaian milik anak guamnya itu yang dibuat mengikut Seksyen 20 Kanun Acara Jenayah (KAJ).

Sementara itu, sebaik hendak meninggalkan bangunan mahkamah, Gobalakrishnan ditahan polis dan dibawa ke Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda, di sini.

Menurut Martin, beliau difahamkan anak guamnya itu ditahan berikutan satu waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya berkaitan kes mahkamah di Perak pada 2004. BERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini menetapkan 28 Oktober ini untuk keputusan permohonan Anggota Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan bagi mendapatkan semula seluar dan tali pinggang yang dipakainya pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, 17 Ogos lalu.


blog it
Reblog this post [with Zemanta]