25 Sept 2009

Dari Kulim Ke Shah Alam..Syabas YB Khalid Samad

25 SEPT 2009

DARI MEJA PENULIS TAMU

Assalamualaikum.

Dalam kita masih lagi berada dalam bulan syawal dan masih belum terlambat saya mengucapkan selamat hari raya Idul Fitri kepada pembaca sekelian moga2 dibulan mulia ini kita beroleh keberkatan dan lemenangan. Kita juga akan menghadapi satu lagi raya iaitu PRK Dun Bagan Pinang di Negeri Sembilan. Semoga kemenangan juga akan kita kecapi untuk PRK yang ke 8 di Semenanjung Malaysia pada kali ini. Gerombolan UBN senang nazak atau nyawa2 ikan, amat tertekan terutamanya dalam proses pemilihan calun yang akan diketengahkan untuk calun pilihan mereka. Biarkan mereka terjun dengan labu2nya. Bagi pihak Pakatan Rakyat teruskanlah kerja dan merangka strategi untuk kemenangan walau pun menang tipis tetapi kemantapan agenda perjuangan perlulah diperhebatkan.

Saya rasa terpanggil apabila membaca tulisan YB Khalid Samad yang juga AP Shah Alam menceritakan bagaimana perilaku dalam penulisan Zulkifli Noordin seperti yang keluar di Utusan Malaysia baru2 ini. Walau pun Zulkifli tidak menyebutkan nama Pak Janggut kita semua amat maklum kata2 itu ditujukan kepada YB Khalid Samad. Kita pun hairan bagaimana senang benar tulisan2 dan pendapat Zulkifli ini keluar di akhbar tersebut. Kita juga dan terutamanya penyokong kuat Pakatan Rakyat di Kulim juga amat hampa dan kesal stiap kali terpampang sahaja muka Zulkifli ini sudah semestinya menghentam Pemimpin Pakatan Rakyat. Beliau juga seperti jurucakap Ameno dalam soal berbicara sahaja soal politik dan bab2 bersangkutan dengan agama. Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat di Kulim juga menghentam beliau bila sahaja berbicara pasal AP Kulim ini.samada di markas dan di kedai2 kopi. Beliau menghentam YB Khalid Samad terutamaya dalam soal perpindahan kuil dari syeksen 19 ke syeksen 23 dan memarahi hal tersebut seolah2 YB Khalid terlalu tunduk kepada masyarakat India tetapi Zulkifli ini lupa bahawa Orang India lah yang memenangkan beliau setelah Masyarakat India di Kulim telah menolak UBN secara total pada PRU ke12 yang lalu. Dan syabas juga diucapkan kepada YB Khalid Samad kerana beliau sanggup berhadapan dengan penduduk di Syeksen 23 walau pun dihentam,dimaki dan dicerca demi untuk mempejuangkan hak rakyat dikawasan beliau yang mana perkara ini saya rasa kalau Zulkifli Noordin tobat lahum beliau tidak akan berani berhadapan dengan kes2 begini. Dan ini membuktikan YB Khalid Samad amat perihatin dengan masalah penduduk tempatan kalau nak dibandingkan dengan AP Kulim ni yang mana Pusat Khidmat Parlimen pun tidak ada di Kawasan Parlimen. Dulu ada sekejap tapi sekarang telah ditutup kerana mungkin tidak menjelaskan sewa dan upah pengubahsuaian pusat tersebut. Sekarang mungkin beliau membuka Pusat Khidmat Parlimen Kulim di Kuala Lumpur. Tang mana orang Kulim pun tak tahu. Kalau tahu pun mungkin tak akan pergi dan terpaksalah orang Kulim menyelesaikan secara persendirian. Bukan kata Pusat Khidmat Parlimen tapi rumah sewa pun tak ujud di Kawasan Kulim dan ini menunjukkan betapa tidak perihatinnya beliau kepada Rakyat Kulim yang memangkah dan memenangkan beliau pada PRU lalu. Kalau dari segi logiknya takkan beliau berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kulim setiap hari. Pembaca fikirlah sendiri........

Kalau kita kenang kembali semasa mula2 DSAI nak bertanding dulu tempat atau parlimen yang utama sekali ialah diKulim. Maka keluarlah dan terpampanglah di blog beliau dan di Suara Keadilan bahawa beliau sanggup meletakkan jawatan dan merelakan DSAI bertanding di Kulim. Maka keluar lah ayat2 yang mulus dari beliau dan mendapatlah sanjungan keatas pengorbanan beliau oleh Penyokong Pakatan Rakyat terutamanya dari luar Kulim yang tidak tahu lakonan beliau. Satu ayat yang saya ingat antaranya" pengorbanan yang saya buat adalah terlalu kecil kalau nak dinandingkan dengan DSAI"...maka banyaklah komen2 yang memuji dan memuja beliau tatapi yang nyatanya semua hampas belaka. Licik sungguh lakonan beliau maka tertipulah penyokong Pakatan Rakyat di Malaysia dan terpaksalah DSWA mengosongkan kerusi beliau di Parlimen Permatang Pauh. Kalau nak diceritakan tentang kebobrokan AP Kulim ini sangatlah panjang dan bagi yang mengenali AJK Pas Kawasan Kulim Bandar Baharu bolehlah bertanyakan kepada mereka yang berkenaan. Ada yang bertungkus lumus semasa PRU untuk memenangkan Zulkifli Noordin tapi setelah menang dengan selamba beliau berkata tidak mengenalinya, Tak percaya tanyalah Sdr Sulaiman. Bagi Ketua Penerangan Pas Kawasan Pula ada mengatakan bahawa setiap kali akan terpancul sesuatu dari mulut AP Kulim ini beliau dah tahu ayat tersebut adalah nak berbohong. Pengarah MTD Kulim pun dah 3kali kena tipu pasal program di Kulim. Dalam penemuam dengan AJK Pas Kawasan pun dok membohong. Awai dulu wakil beliau kononnya dalam masa menziarah rumah penyokong meninggal terpaksa membohong mengatakan AP Kulim tak dapat hadir kerana beliau berada di Dubai. Padahal beliau berada di KL bila kami menanyakan pada seorang Pimpinan Peringkat Pusat.Begitu juga semasa program DSAI di Bagan Samak kem khabarnya DSAI tak beri keizinan untuk beliau berceramah dimajilis malam itu. Selesai majlis ada seorang hamba allah bertanyakan sesuatu kepada beliau namun di herdiknya dan menyatakan beliau sibuk dengan kerja2 sebagai ahli parlimen serta menyatakan Kulim Bandar Baharu amat luas melebehi keluasan Negeri Melaka. Kalau ada masalah hubungi Adun terbabit. Begitu lah layanan beliau terhadap pengundi beliau sehingga hamba allah itu cukup menyinga. Menyesal memilih Zulkifli Noordin katanya dan berbagai lagi cakap yang tak enak didengar begitu juga menyesalnya penyokong yang bertungkus lumus semasa PRU dulu, Kalau tak percaya tanyalah Saudara Zuraimi tauke Kopi Janda......

Tentang bab peruntukan AP contohnya seperti dinyatakan oleh setpol MB Kedah Saudara Sanusi dalam blognya, Wallahhualam sampai ke tidak hanya Allah yang mengetahui.. Dan banyak lagi kepincangan yang dilakukan oleh AP Kulim ini yang mana kalau nak dihuraikan terlalu banyak. Seingat saya banyak sudah artikel seperti yang ditulis oleh saya, Mie Itik, Mamat juga termasuk juga MSO tidak lama dulu yang telah menghuraikan tingkahlaku AP Kulim ni. Terakhir ini seorang AJK Ameno Bahagian Kulim Bandar Baharu menyatakan memang terdapat perjanjian antara beliau dan Aziz Kadiaq supaya mengabaikan tugasan di Parlimen Kulim dan Aziz Sendiri akan melaksanakan tugas tersebut supaya Ameno dapat memenangi hati pengundi semula dan balasannya Aziz Kadiaq menarik balik petisyen dan Zulkifli Noordin tak payah meletakkan jawatan atau melompat ke Ameno. Tak tahulah apa nasib Pakatan Rakyat bila tibanya PRU yang ke 13 nanti akibat dari kemarahan pengundi dan penduduk Kulim kelak. Dan pesanan kami pengundi Kulim kepada Imam dan pengerusi Masjid dan Surau diseluruh Malaysia jangan lah memanggil beliau lagi bagi membaca khutbah dan memberi ceramah. Kalau beliau berkeinginan juga maka khabarkanlah kepada beliau agar balik lah ke Kulim dan jaga lah Pengundi dan perduduk di Kulim Bandar Baharu serta memberikan tugasan yang terbaik kepada mereka. Beliau seperti tidak mengenangkan tenaga, keringat, wang ringgit dan air mata pemimpin Pakatan Rakyat Kulim Bandar Baharu semasa mengharungi hari2 yang lalu yang mana kekalahan demi kekalahan yang kami lalui sejak dulu serta di era reformasi. Walau pun kalah kami tetap terus memperjuangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat sehingga kemenamgan dicapai akhirnya tetapi amat mudah beliau mencemarkan segala usaha dan perjuangan kami selama ini.

Kepada YB Khalid Samad, saya mengucapkan syabas kepada anda kerana berani serta sanggup menghadapi dugaan dan cubaan demi untuk keadilan rakyat. Jika semua AP berkerja dan berkhidmat seperti anda Insyaallah Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia disuatu hari nanti.Diharap juga Zulkifli Noordin turun ke PRK Bagan Pinang untuk sama2 berkempen untuk memenangkan calun Pakatan Rakyat yang mana beliau tak pernah turut berkempen setelah 7kali PRK di Semenanjung Malaysia cuma hadir sekejap dihari penamaan calun PRK Permatang Pasir kemudian terus hilang entah kemana. Bagi penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat marilah sama2 kita turun ke Bagan Pinang demi untuk memenangkan calun Pas yang akan bertanding kelak. Insyaallah kita jumpa disana..........

Salam 2all, artikel ini dihantar melalui Blackberry ku.......Adios.

Wassalam......

Jin Brabus.