27 Sept 2009

KIMMA nak join BN

Tridevi: Lakshmi, Parvati, SaraswatiImage via Wikipedia

Kalau jadi KIMMA nak join BN maknanya bertambahlah satu lagi pati kaum India dalam NM. Pati Makkal Shakti yang baru pun nak join BN. Maknanya dalam BN ada MIC, IPF, KIMMA dan Makkal Sakhti, parti perkauman India.

Puteri UMNO sokong KIMMA nak join BN. Lepas ni Aziz Sheikh Fadhir boleh la keluar UMNO, join KIMMA pula kerana terdapat ciri-ciri yang sesuai untuk jadi ahli KIMMA yang tersohor. Puteri UMNO tentu akan sokong.
clipped from utusan.com.my

Puteri sokong Kimma sertai BN

PAPAR 26 Sept. - Pergerakan Puteri UMNO menyambut baik hasrat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin bagaimanapun menyerahkan kepada pimpinan parti-parti komponen BN untuk menentukan sama ada menerima atau tidak penyertaan parti tersebut.

Semalam Kimma mengulangi permintaan untuk dipertimbangkan menyertai BN sebagai parti komponen.

Timbalan Presidennya, Amir Amsa Alla Pitchay berkata, Kimma yang mempunyai kira-kira 80,000 ahli di seluruh negara telah menyatakan hasrat untuk menyertai BN sejak 1984 lagi.

Jelasnya, usaha membela dan memperjuangkan hak rakyat harus dilakukan secara berterusan bagi memastikan masyarakat terus merasakan BN masih relevan.


blog it
Reblog this post [with Zemanta]