Geng Deris Jusoh tak puas hati sebab tak dapat PROJEK!
Image via Wikipedia
KUALA TERENGGANU, 1 Sept — Bermula dengan laporan dari The Malaysian Insider, kini berita sembilan Adun Umno Terengganu akan melompat parti semakin panas diperkatakan.
Terbaru, seorang Exco kerajaan negeri dikatakan sudah tidak sabar lagi dengan apa yang berlaku dalam kerajaan negeri Terengganu pimpinan Datuk Ahmad Said.
Beliau dikatakan mengugut akan meletakkan jawatan tidak lama lagi jika keadaan yang ada terus berkekalan.
Isu yang berlaku di Terengganu sangat-sangat tidak disenangi oleh Adun Umno khasnya yang tidak bersama dalam kem Ahmad Said. Ini kerana, sejak tersisih mereka kehilangan segala-galanya bukan sahaja jawatan bahkan juga projek-projek kerajaan negeri.
Ini kerana, mereka bukan lagi hanya bersaing dengan penyokong Ahmad Said bahkan juga mereka yang berselindung di belakang Istana Terengganu yang menabalkan Ahmad Said.
|