9 Sept 2009

Betoi ka nak dakwa?

9 Sept 2009

Peguam Negara, Ghani Patahkail kata nak dakwa puak yang demo bawa kepala lembu di Shah Alam tempoh hari. Betoi ka? Lepas demo hari Jumaat tu, Hishamuddin, menteri Dalam Negeri buat press statement, puak yang buat demo ada sekali masa tu, siap duduk sebelah Hishamuddin pulak tu.

Malaun kepala lembu

Mai kita pakat-pakat tengok sapa yang nak kena dakwa tu?

Peserta demo kepala lembu didakwa

Mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam akan didakwa menghasut, kata peguam negara hari ini.

Tan Sri Abdul Gani Patail berkata mereka akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Pemimpin-pemimpin yang menyampaikan ucapan bersama kumpulan kira-kira 50 penunjuk perasaan di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam akan didakwa bawah Seksyen 27(5) Akta Polis atau berhimpun secara haram.


Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Abdul Gani berkata beliau berpuas hati dengan siasatan polis berhubung insiden tersebut setelah meneliti kertas siasatan yang diterimanya tengah hari tadi.

Reblog this post [with Zemanta]