SHAH ALAM: Enam orang dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menghasut berhubung demonstrasi kepala lembu yang disertai bulan lalu.
Tertuduh tiba di mahkamah pada pukul 8.40 pagi tadi dan disambut oleh sebilangan penyokong.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar mengarahkan ikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang. Bagaimanapun, jumlah itu kemudiannya dikurangkan kepada RM4,000 seorang.
Kes tersebut akan disebut semula pada 21 Oktober depan.
Tertuduh kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, untuk didakwa kerana menyertai perhimpunan haram.