Tazkirah Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Idrus Ismail, imam masjid Kulim. Antara perkara yang disentuh ialah:
1. Syukur kepada Allah swt kerana memberi taufik kepada jamaah semua untuk terus beribadat dalam bulan puasa.
2. Ganjaran yang di beri Allah kepada manusia dalam bulan Ramadhan ini berbeza-beza bergantung kepada amal.
3. Kata Saidina Ali, tanda ahli syurga ialah orang yang cenderong untuk mengerjakan amal saleh.
4. Kita masih perpeluang untuk beramal dalam bulan Ramadhan lebih kurang seminggu lagi.
5. Orang yang duduk dalam majlis ilmu adalah lebih baik dari memerdekakan 1000 orang hamba.
6. Sepuluh hari Ramadhan pertama adalah rahmat, sepuluh kedua penuh dengan keampunan dari Allah, sepuluh hari ketiga adalah pelepasan dari api neraka.
7. Sepuluh golongan yg Allah akan masukkan dalam syurga, pertama orang itu mesti Islam, kedua orang yang beriman, ketiganya orang yang taat kepada perintah Allah, keempatnya orang yang bersifat benar, kelimanya orang yang sabar, keenamnya orang yang khusuk dalam ibadat, ketujuh orang suka berdekah, kelapan orang yang berpuasa, kesembilan orang yang memelihara kemaluannya dan kesepuluhnya orang yang sentiasa berzikirullah.
8. Pemakanan mempengaruhi peribadi sesaorang.
Image by Ranoush. via Flickr