25 Sept 2009

Ustaz Hassan Razak ziarah keluarga China di Karangan



Baru-baru ini, hari raya kedua, malam jam 9.30, Ustaz Hassan Razak sempat menziarahi keluarga berbangsa China di pekan Karangan. Salah seorang anggota keluarga telah meninggal dunia.

Turut hazir adalah YB Lim Soo Nee, exco baru dalam kerajaan negeri Kedah, merangkap ADUN Kulim.

Yang meninggal adalah merupakan ahli Kelab Penyokong PAS. Pekan Karangan mempunyai ramai ahli Kelab Penyokong PAS dari kalangan ethnik China.

Sempena kehaziran Ustaz Hassan Razak di situ, sebanyak 20 borang keahlian Kelab Penyokong PAS telah diedarkan kerana permintaan dari penduduk tempatan.

Ustaz Hassan Razak adalah Yang Di Pertua PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu dan merupakan Pembantu Khas kepada Menteri Besar Kedah.
Reblog this post [with Zemanta]