4 Sept 2009

Fakta awal N31, Bagan Pinang, Negeri Sembilan



N31 adalah DUN Bagan Pinang bakal diadakan Pilihan Raya Kecil. Kawasan N31 sekarang ini ditanda dengan warna biru. Ada kemungkinan tak selepas PRK nanti N31 akan ditanda dengan warna hijau? Selepas PRU12 lalu hanya N25 sehaja yang "hijau" iaitu Paroi.

Cuba bandingkan peratus pecahan mengikut kaum antara tahun 2004 dan 2008. Peratus pengundi Melayu meningkat dari 56.7% menjadi 66%, manakala peratus pengundi China dan India pula menurun. Perubahan peratusan yang agak drastik cuma dalam masa empat tahun. Kemungkinan ada persempadanan semula sebelum PRU 12 lalu, tektik untuk memaksimakan kemenangan UBN.

DUN Bagan Pinang adalah dalam kawasan Parlimen Telok Kemang. Ahli Parlimen Telok Kemang ialah Kamarul Baharin Abbas dari PKR. Beliau mengalahkan calon BN-MIC dalam PRU 2008 dengan majoriti 2,804 undi. Dalam PRU tahun 2004 BN menang dengan majoriti 17,777 undi.
Calon BN dalam kedua-dua PRU teersebut ialan S.Sothinathan, sekarang ini tengah dok berkrisis sakan dengan Samy Vellu

Isu "Kepala Lembu" di Shah Alam memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat memangkan peratus pengundia India adalah 19.9%. Jentera Pakatan Rakyat kena kerja kuat. Pergunakan pengaruh BLOGGERS semaksima mungkin, macam di Permatang Pasir lepas.
Reblog this post [with Zemanta]