Rabu 2 September.
Image via Wikipedia
Perlantikkan
Idris Jala sebagai senator dan setrusnya menteri adalah merupakan langkah terdesak kerajaan BN (Bini Najib) untuk membodek rakyat Sarawak. Dengan perlantikkan orang Sarawak ini BN berharap akan dapat mengekalkan kebodohan rakyat Sarawak. Idris berasal dari Sarawak dari suku Kelabit beragama Kristian.
Najib lupa, orang Sarawak dah tak main sumpit. Orang Sarawak sekarang ni sudah main internet.
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines, Senator Datuk Seri Idris Jala, hari ini mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di hadapan Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Istiadat itu berlangsung di Bilik Singgahsana Pelantikan, Istana Negara. sehari selepas Idris mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng dan beberapa menteri kabinet.
Idris melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia dan kemudian menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Idris, 51, juga dilantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) yang baru diwujudkan.
|